Keterlibatan wanita dalam institusi masjid menurut perspektif Islam: Analisis terhadap program perlindungan wanita berteraskan Maqasid Al-Syari’ah

Authors

  • Mohammad Nor Izzuddin Mohd Parid Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
  • Mohd Farid Mohd Sharif Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejssh.v9i2.7309

Keywords:

Wanita, Islam, Institusi masjid, Program perlindungan

Abstract

Keterlibatan wanita dalam institusi masjid merupakan aspek penting dalam pembangunan masyarakat Islam yang komprehensif. Dalam konteks semasa, masjid bukan sahaja pusat ibadah, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan, dakwah dan sokongan sosial. Kajian ini bertujuan meneliti keterlibatan wanita dalam masjid dari perspektif Islam dengan memberi tumpuan khusus kepada program dan aktiviti yang menyokong perlindungan serta pemerkasaan wanita. Di samping mengangkat martabat wanita sebagai individu yang berperanan dalam masyarakat, keterlibatan mereka melalui aktiviti seperti ceramah kesedaran, kaunseling kekeluargaan, kelas kemahiran, dan program sokongan bagi mangsa keganasan rumah tangga merupakan antara inisiatif penting yang dilaksanakan oleh masjid. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berbentuk kajian pustaka, yang melibatkan analisis terhadap sumber-sumber ilmiah dan kajian-kajian terdahulu berkaitan keterlibatan wanita dalam institusi masjid. Kajian ini menganalisis bagaimana program-program ini dirancang dan dilaksanakan serta menilai kesesuaiannya dengan prinsip syariah. Selain itu, kajian ini turut menelusuri cabaran yang dihadapi oleh wanita ketika melibatkan diri dengan institusi masjid. Hasil kajian mendapati bahawa keterlibatan wanita dalam masjid berpotensi memperkukuh jati diri muslimah serta memperluas peranan masjid sebagai institusi yang inklusif dan responsif terhadap pemerkasaan sosial wanita. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan peranan masjid sebagai institusi pembangunan masyarakat dan pemerkasaan wanita Islam secara bersepadu.

Downloads

Published

2025-09-02