@article{Towpek_2019, title={Pemikiran Ekonomi Syeikh Daud al-Fatani }, volume={4}, url={https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JCIS/article/view/19}, DOI={10.24191/jcis.v4i1.19}, abstractNote={<p>Kajian ini adalah mengenai pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab <em>Furu’ al-Masa’il</em> dan relevansinya dengan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini mempunyai lima objektif, iaitu menerangkan biografi pengarang; mengenalpasi konsep pemikiran ekonomi Islam dan potensi ulama Melayu sebagai pemikir ekonomi; merumuskan perbincangan mengenai kontrak muamalat dalam kitab <em>Furu’ al-Masa’il</em>; mengenalpasti amalan kontrak muamalat dalam perbankan Islam di Malaysia; dan menganalisis relevansi kontrak muamalat Syeikh Daud al-Fatani dengan amalan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini menghasilkan lima dapatan. Pertama, kehebatan dan keistimewaan tokoh ini bersumberkan aspek <em>rihlah ‘ilmiyyah</em> dan aspek kepengarangan. Kedua, bidang pemikiran ekonomi Islam adalah berasaskan landasan ijtihad, dan kemantapan idea dan kebijaksanaan sarjana. Ketiga, kemantapan kitab <em>Furu’ al-Masa’il </em>pada bab muamalat. Keempat, asas kekuatan muamalat perbankan Islam di Malaysia adalah dari aspek penubuhan institusi perbankan Islam itu sendiri, dan doktrin menolak <em>rib</em><em>a</em> serta mengembang akad muamalat. Kelima, analisis relevansi akad muamalat Syeikh Daud al- Fatani dengan amalan akad muamalat perbankan Islam Malaysia dapat dirumuskan kepada aspek kefahaman dan definisi, dan aspek aplikasi.</p>}, number={1}, journal={Journal of Contemporary Islamic Studies}, author={Towpek, Hadenan}, year={2019}, month={Jun.}, pages={48–66} }