https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/issue/feed Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance 2025-05-16T05:04:55+08:00 Assoc. Prof. Dr. Mohd Faizal P.Rameli faizal061@uitm.edu.my Open Journal Systems
Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), E-ISSN-2590-3942 is a peer-reviewed open access journal. JIPSF runs biannual issues and managed by a team of scholars from Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Universiti Teknologi MARA, Malaysia. This scholarly avenue is a multidisciplinary journal streaming from emerging issues in areas of Islamic Philanthropy and Social Finance. This includes zakat, waqf, infaq, charity, qard al-hassan, Islamic finance, and Islamic microfinance. The editors welcome manuscripts in the above disciplines and the subdisciplines. Prospective authors are encouraged to use this submission link to advance their manuscript for review and possible publication. The Journal is published twice a year. Starting from the year 2023, JIPSF has been published in March and September.

CLICK HERE TO SUBMIT MANUSCRIPT
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5728 KESEDARAN PENGGUNA DI MALAYSIA TERHADAP PRODUK BERASASKAN LOGO HALAL 2025-03-19T04:18:40+08:00 Nurshafika Zulkarnain 2022876604@student.uitm.edu.my Nur Anisah Rosli 2022458566@student.uitm.edu.my Fatin Nazura Jamali 2022822082@student.uitm.edu.my Nur Aina Afieqah Md Zulazli 2022841706@student.uitm.edu.my Nor Tasik Misba nortasik@uitm.edu.my
Logo halal merupakan salah satu komponen yang penting dalam urusan jual beli dalam kalangan Muslim kerana ia menjadi penunjuk bahawa produk yang dikeluarkan telah memenuhi syarat-syarat dan syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Usul untuk permohonan dan penggunaan logo halal ini adalah sangat bernas, kerana ia menunjukkan bahawa pembeli yang beragama Islam semakin mementingkan status halal sesuatu produk bagi mengelakkan mereka daripada membeli produk yang tidak halal secara tidak sengaja. Namun begitu, masih ada sesetengah daripada masyarakat yang masih tidak cakna tentang kepentingan logo halal ini dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka juga menganggap bahawa status halal hanya tertakluk kepada makanan sahaja, walhal ia juga merangkumi produk lain seperti produk kosmetik, produk penjagaan muka dan ubat-ubatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesedaran pengguna di Malaysia terhadap produk berasaskan logo halal, dan seberapa banyak mereka bergantung kepada logo halal dalam urusan jual beli. Kajian ini dijalankan berdasarkan tinjauan dan juga rujukan daripada jurnal terdahulu, laporan, artikel, petikan berita dan sebagainya. Tinjauan ini dilakukan secara umum tanpa menyasarkan mana-mana kumpulan pengguna yang khusus di Malaysia.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5729 JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 2025-03-19T04:38:46+08:00 Nur Fatin Rosli 2022862502@student.uitm.edu.my Nur Syazwannie Humaira Samseri 2022490432@student.uitm.edu.my Marisa Mazanan 2022887918@student.uitm.edu.my Bahirah Kamarudin 2022888054@student.uitm.edu.my Syahrina Hayati Md Jani syahr520@uitm.edu.my
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mudah alih, dan saluran dalam talian lain. Antara bentuk perjudian dalam talian yang popular adalah permainan kasino, pertaruhan sukan, poker dalam talian, dan loteri maya. Transaksi dalam perjudian ini dilakukan secara elektronik, menjadikannya lebih sukar dikesan dan dikawal berbanding perjudian tradisional yang bersifat fizikal. Sifat maya dan global aktiviti ini melampaui sempadan geografi, menjadikan penguatkuasaan undang-undang lebih rumit kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan bidang kuasa antarabangsa. Di Malaysia, perjudian dalam talian mewujudkan cabaran besar kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang di era digital. Antara cabaran utama adalah kesukaran dalam menjejaki aktiviti dan transaksi digital yang sering menggunakan teknologi canggih dan bersifat tanpa sempadan. Selain itu, isu berkaitan penyitaan dan penyimpanan bukti digital turut menjadi masalah kerana bukti tersebut mudah diubah atau dipadam, memerlukan kepakaran dan teknologi khas untuk mengesahkannya. Bidang kuasa negeri yang berbeza-beza di Malaysia turut menambah kesukaran dalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan, di samping limitasi dalam undang-undang perjudian sedia ada yang mungkin tidak lagi relevan dalam menangani bentuk perjudian moden ini. Kekurangan teknologi, kepakaran digital, dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan di peringkat negeri dan Persekutuan menjadi faktor utama yang menghalang keberkesanan tindakan undang-undang. Oleh itu, kajian ini menyoroti keperluan mendesak untuk mereformasi undang-undang sedia ada agar lebih selaras dengan perkembangan teknologi digital dan cabaran semasa. Selain itu, kolaborasi antara agensi penguatkuasaan, institusi kewangan, dan penyedia perkhidmatan digital adalah penting bagi memperkukuhkan pemantauan dan pengawalan aktiviti perjudian dalam talian. Pendekatan yang menyeluruh dan strategi yang bersepadu diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan serta melindungi masyarakat daripada risiko dan implikasi negatif perjudian dalam talian.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5731 KAJIAN AWAL PENERAPAN KOSEP HALALAN TAYIBBAN DALAM INDUSTRI MAKANAN MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAH 2025-03-19T05:04:39+08:00 Nur Aifa Ayuni Lokman 2023382831@student.uitm.edu.my Nuraisyah Khalid 2023388211@student.uitm.edu.my Nur Zufirah Zafridin 2023389671@student.uitm.edu.my Nur Syamila Mohd Sukri 2023513921@student.uitm.edu.my Nurul Husna Othman 2023387693@student.uitm.edu.my Azhana Othman azhana395@uitm.edu.my
Isu kehalalan sesuatu produk adalah salah satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan bagi seluruh umat Islam khususnya dalam industri makanan. Pada zaman kini, terdapat banyak premis makanan yang menggunakan bahan-bahan yang halal tetapi tidak mempunyai sijil halal JAKIM. Selain itu, terdapat premis makanan menggunakan bahan-bahan seperti gelatin, enzim, atau emulsifier, yang mungkin berasal dari sumber yang tidak diketahui dan tanpa kejelasan status halal. Hal ini telah menimbulkan kecurigaan yang seterusnya membawa kepada pertikaian dari pelbagai pihak tentang kehalalan sesuatu produk makanan tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membahas dengan lebih terperinci tentang kehalalan suatu produk makanan di restoran yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan sumber makanan mengikut syariat yang telah ditetapkan berdasarkan perspektif Al-Quran dan hadis, pandangan ulama’, perundangan halal negara dan hukum Islam. Sorotan kajian digunakan bagi mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian mendapati pengguna muslim boleh memilih restoran yang tidak mempunyai sijil halal JAKIM tapi ianya memerlukan perhatian yang teliti untuk memastikan makanan yang dimasak memenuhi piawaian tayyiban dan halal.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5732 PERANAN MASYARAKAT DAN KERAJAAN DALAM MEMPERKUKUH KEHARMONIAN NEGARA 2025-03-19T05:49:02+08:00 Nur Syafiqah Sallehudin 2023425854@student.uitm.edu.my Syahrul Haizat Azizan 2023215546@student.uitm.edu.my Zulkarnain Musa 2023870812@student.uitm.edu.my Muhammad Ariffuddin Mahmud 2023699492@student.uitm.edu.my Noor Aziera Mohamad Rohana aziera7863@uitm.edu.my
Artikel ini membincangkan isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) yang menjadi cabaran utama dalam mengekalkan keharmonian di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dan agama. Sejarah penjajahan British telah mewariskan dasar "pecah dan perintah," yang membentuk pemisahan kaum berdasarkan peranan ekonomi dan lokasi geografi, menghasilkan ketegangan antara etnik. Selepas merdeka, Malaysia memperkenalkan dasar seperti kontrak sosial dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi ketidakseimbangan sosioekonomi, namun isu perkauman tetap menjadi subjek kontroversi. Peranan kerajaan termasuk penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan pelaksanaan program perpaduan seperti Rukun Tetangga. Masyarakat pula berperanan melalui pendidikan sosial, penggunaan media sosial yang bertanggungjawab dan penglibatan aktif dalam program komuniti untuk memupuk persefahaman antara kaum. Pendekatan holistik yang melibatkan undang-undang, dialog antara agama dan usaha sukarelawan disarankan untuk menyokong perpaduan nasional. Artikel ini menegaskan bahawa keharmonian di Malaysia memerlukan kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat untuk memastikan kepelbagaian budaya dan agama menjadi asas kekuatan negara.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5733 TABAYYUN DAN REAKSI EMOSI TERHADAP ISU 3R DI MALAYSIA: ANALISIS RESPONS MASYARAKAT ISLAM 2025-03-19T06:28:34+08:00 Ahmad Fairuz Zainanor 2023218632@student.uitm.edu.my Norfahana Ariffin 2023459682@student.uitm.edu.my Mohd Shahrul Nizam Hamdan 2023243136@student.uitm.edu.my Sazali Md Shukor 2023438578@student.uitm.edu.my Asma’ Wardah Surtahman asmawardah@uitm.edu.my
Malaysia adalah sebuah negara yang Merdeka yang mempunyai rakyat pelbagai pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Malaysia sering dilihat sebagai sebuah negara yang harmoni dimata dunia walaupun didaimi oleh pelbagai bangsa, tapi pada hakikatnya Malaysia juga tidak terkecuali dari mempunyai isu dan konflik yang mengugat keharmonian rakyatnya yang berbilang bangsa. Isu-isu berkaitan 3R (Race, Religion & Royalty) Kaum, Agama, dan Institusi DiRaja sering mencetuskan reaksi emosi yang berpotensi menggugat keharmonian sosial. Kajian ini meneliti bagaimana pendekatan Tabayyun, iaitu sikap berhati-hati dalam menilai kesahihan maklumat, dapat mengurangkan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat Islam terhadap isu-isu ini. Dengan menggunakan metodologi campuran yang melibatkan soal selidik dan wawancara, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan Tabayyun bukan sahaja menghalang penyebaran maklumat palsu tetapi juga mengawal emosi dan menyokong kestabilan sosial. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan Tabayyun perlu diperkukuhkan sebagai strategi penting dalam membina keharmonian sosial di Malaysia, sekali gus mengurangkan risiko konflik yang berpunca daripada isu-isu sensitif dalam masyarakat.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5734 SOROTON KAJIAN: PERJUDIAN DIGITAL DALAM PASARAN KEWANGAN 2025-03-19T06:37:58+08:00 Mohamad Asraff Khirol 2022646154@student.uitm.edu.my Muhammad Shazwan Hazmi Zulkifli 2022484564@student.uitm.edu.my Ahmad Ariq Ulwan Mohd Ridzuan 2022461618@student.uitm.edu.my Siti Solehah Mohd Khaseri 2022828616@student.uitm.edu.my Nur Irdina Izzati Isa 2022879758@student.uitm.edu.my Zunaidah Ab Hasan zunaidah492@uitm.edu.my
Pendigitalan telah mengubah landskap perjudian, dan platform dagangan digital mewujudkan jurang yang berbahaya antara pelaburan dan perjudian dengan menggabungkan elemen gamifikasi yang menarik tetapi berbahaya. Seiring dengan peningkatan kadar ketagihan, ini juga membawa kepada kesan psikososial yang merangkumi tingkah laku impulsif, kemurungan dan kesan negatif terhadap kestabilan kewangan atau perhubungan keluarga. Di Malaysia, cabarannya lebih rumit kerana platform ini sering beroperasi di zon kelabu undang-undang, mengehadkan keberkesanan kawalan kawal selia. Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis mekanisme perjudian dalam perdagangan digital, menilai impaknya terhadap tingkah laku dan kesejahteraan pengguna, serta mengkaji kelemahan pengawalseliaan sedia ada. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah deskriptif dan tematik untuk membentangkan gambaran lengkap tentang fenomena ini dan mencadangkan pelaksanaan langkah pengawalseliaan menyeluruh untuk melindungi pengguna daripada risiko yang semakin membimbangkan yang berkaitan dengan perjudian digital dalam pasaran kewangan.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5738 HUKUM PERDAGANGAN BITCOIN BERDASARKAN KAEDAH FOREX MENGIKUT SYARIAH ISLAM 2025-03-19T09:19:31+08:00 Nurul Hanisah Ahmad nurulhanisahahmad02@gmail.com Nurul Syafiqah Imran nurulsyafiqahimran17@gmail.com Nur Ruwaidah Kairuddin waidaakairuddin@gmail.com Norhazlin Zafira Kirman hazlinkirman267@gmail.com Seri Harizah Sahjohan sseriharizah@gmail.com Nor Shahrina Mohd Rafien norshahrina871@uitm.edu.my
Forex Trading merupakan satu aktiviti perniagaan dari segi tukar beli matawang. Terdapat ramai individu yang menggunakan kaedah Forex Trading ini untuk berdagang mata wang dan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Bitcoin pula merujuk kepada alat pengukuran nilai yang digunakan dalam kaedah Forex Trading. Secara umumnya, artikel ini akan memfokuskan perbincangan tentang maksud Forex Trading, konsep mata wang kripto iaitu Bitcoin dan konsep riba. Selain itu, artikel ini telah mengkaji metodologi yang digunakan oleh penulis iaitu secara penyelidikan kualitatif. Penulis akan memastikan semua sumber-sumber yang digunakan adalah relevan dan berkaitan dengan penyelidikan supaya mudah dan sesuai untuk dijadikan rujukan. Di samping itu, terdapat perselisihan pendapat tentang hukum perdagangan Bitcoin berdasarkan kaedah Forex Trading mengikut syariah Islam. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hukum-hukum penggunaan Bitcoin dan menerangkan beberapa pandangan ulama terhadap isu yang boleh dibangkitkan terhadap mata wang Bitcoin. Hasil perbincangan daripada artikel ini, jelaslah tentang hujah-hujah berkaitan hukum penggunaan Bitcoin sebagai alat pengukuran nilai dan terdapat beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan penggunaan Bitcoin melalui kaedah Forex Trading.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5739 UNSUR GHARAR DALAM E- WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAH 2025-03-19T09:29:36+08:00 Amira Annisa Zakaria 2023165347@student.uitm.edu Amira Natasha Zakaria 2023500213@student.uitm.edu Dahlia Awatif Syaril Azuan 2023374847@student.uitm.edu Yumni Nabilah Kamaruzaman 2023375175@student.uitm.edu Nazurah Ghazalie 2023500073@student.uitm.edu Norajila Che Man norajila@uitm.edu.my
Dompet elektronik semakin popular di Malaysia kerana kemudahan dan keselamatannya, namun kebimbangan timbul mengenai ketidakjelasan transaksi yang melibatkan dana, ganjaran, dan caj tersembunyi. Berdasarkan prinsip syariah, gharar dilarang kerana boleh menimbulkan ketidakadilan dan kerugian. Kajian in bertujuan untuk menganalisis unsur ketidakpastian (gharar) dalam penggunaan dompet elektronik (e-wallet) berdasarkan perspektif syariah. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis kandungan Al-Quran, Hadis, dan pendapat ulama, serta penulisan jurnal ilmiah berkaitan isu ini. Fokus kajian ini adalah untuk menunjukkan unsur gharar wujud dalam transaksi e-wallet melalui ketidakpastian baki, tawaran ganjaran seperti cashback yang bersyarat, serta isu teknikal dalam penyerahan dana. Selain itu, penggunaan e-wallet juga terdedah kepada unsur ketidakpastian dalam sifat barangan serta insentif ganjaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen gharar yang tidak diurus dengan baik boleh merosakkan akad dan menjejaskan keyakinan pengguna. Oleh itu, penyedia e-wallet perlu memastikan setiap maklumat jelas dan mematuhi prinsip syariah bagi mengekalkan kepercayaan pengguna Muslim.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5740 KONTROVERSI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM KALANGAN BUKAN MUSLIM DI MALAYSIA: SATU KAJIAN PERUNDANGAN DAN SOSIAL 2025-03-19T09:39:15+08:00 Mohd Munir Sabtu 2023898856@student.uitm.edu.my Mohd Izzazuddin Rahmat 2023433978@student.uitm.edu.my Mohd Halid Alwani Buang 202346574@student.uitm.edu.my Mohd Yussof Mohd Zuki 2023411714@student.uitm.edu.my Mohd Faizal P. Rameli faizal061@uitm.edu.my Izzah Nur Aida Zur Raffar izzahnur@uitm.edu.my
Kajian ini bertajuk Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah dalam Kalangan Bukan Muslim di Malaysia: Satu Kajian Perundangan dan Sosial, yang membincangkan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Muslim di Malaysia dari sudut perundangan dan sosial. Isu ini mencetuskan perdebatan hebat melibatkan hak kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dengan keperluan menjaga sensitiviti umat Islam. Dari perspektif perundangan, larangan penggunaan kalimah "Allah" bagi bukan Muslim dalam konteks agama Kristian telah disokong oleh undang-undang syariah di beberapa negeri serta keputusan mahkamah. Namun, keputusan ini bertentangan dengan tuntutan hak kebebasan beragama dalam kalangan komuniti bukan Muslim yang melihat kalimah tersebut sebagai sebahagian daripada amalan keagamaan mereka. Sentimen komuniti Muslim pula menekankan bahawa kalimah "Allah" eksklusif bagi Islam, manakala komuniti bukan Muslim pula menganggap larangan ini sebagai pencabulan hak asasi. Media arus perdana dan alternatif juga memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat mengenai isu ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai perspektif yang mencorakkan pandangan awam. Kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji sejarah dan konteks penggunaan kalimah Allah, dari aspek perundangan di Malaysia serta dimensi sosial dan reaksi masyarakat. Dapatan kajian ini mencadangkan beberapa langkah seperti pendidikan toleransi agama di sekolah, pengukuhan dasar kerajaan, dan inisiatif dialog antara agama untuk menangani isu ini secara harmoni. Kesimpulannya, kajian ini menyeru pendekatan yang lebih inklusif dan toleran dalam menangani isu kalimah "Allah" bagi menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5741 MEDIA SOSIAL DAN ISU 3R: PLATFORM PERBINCANGAN ATAU PEMANGKIN KETEGANGAN? 2025-03-19T09:47:42+08:00 Shaiful Nizam Abd Bakar ddymarissa@gmail.com Abdul Hafiz Abdul Halim abdulhafiz7986@gmail.com Nurhazliza Ismail liza101183@gmail.com Sharizan Mohd Sharif shahrizansharif93@gmail.com Nurani Ismail nurani@yahoo.com Mohd Faizal P. Rameli faizal061@uitm.edu.my
Kebebasan bersuara merupakan elemen penting dalam demokrasi, namun di Malaysia, ia sering dihadkan oleh sensitiviti terhadap isu-isu 3R (Race, Religion, and Royalty). Media sosial telah menjadi platform utama untuk rakyat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu-isu ini secara terbuka, sekaligus mencabar kawalan tradisional media arus perdana. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan media sosial dalam memperjuangkan kebebasan bersuara di Malaysia dengan fokus kepada isu-isu 3R. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memahami bagaimana media sosial menyediakan ruang bagi diskusi terbuka dan bagaimana platform ini mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap isu-isu sensitif tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun media sosial memperluas ruang kebebasan bersuara, ia turut membawa cabaran seperti penyebaran maklumat yang tidak tepat dan ucapan kebencian yang boleh mengancam kestabilan sosial. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pendekatan yang lebih berhati-hati diambil oleh pihak berkuasa dalam mengurus kebebasan bersuara di media sosial, bagi memastikan keseimbangan antara hak bersuara dan keharmonian masyarakat.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5742 GHARAR DALAM TRANSAKSI E-DAGANG: IMPLIKASI TERHADAP PENGGUNA DAN PENIAGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 2025-03-19T09:56:34+08:00 Nadiah Nasuha Mus 2022608052@student.uitm.edu.my Adzrin Sameera Hafidz 2022862616@student.uitm.edu.my Mimi Syaqila Noraini 2022887878@student.uitm.edu.my Nur Aliya Natasha Misdi 2022461482@student.uitm.edu.my Norizah Mohamed @ Haji Daud norizahdaud@uitm.edu.my
Kajian ini membincangkan konsep gharar dalam transaksi e-dagang serta implikasinya terhadap pengguna dan peniaga menurut perspektif Islam. Gharar merujuk kepada ketidakpastian dalam kontrak yang boleh membawa kepada ketidakadilan dan eksploitasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan dan analisis dokumen bagi meneliti bentuk gharar dalam transaksi digital serta kesannya terhadap pengguna dan para peniaga. Kajian ini mendapati bahawa transaksi e-dagang sering dikaitkan dengan unsur gharar yang menimbulkan ketidakpastian dan ketidakadilan. Bentuk gharar yang dikenal pasti termasuk ketidaktelusan maklumat produk, ketidakpastian penghantaran, polisi pemulangan yang tidak jelas, dan ketidakseimbangan maklumat antara peniaga dan pengguna. Unsur ini boleh menyebabkan risiko penipuan, kehilangan kepercayaan pengguna, serta menjejaskan reputasi peniaga. Oleh itu, pematuhan kepada prinsip ketelusan dan keadilan adalah penting bagi memastikan ekosistem e-dagang yang lebih beretika dan patuh Syariah dengan pelaksanaan peraturan yang lebih ketat, peningkatan kesedaran pengguna, serta pemantauan oleh pihak berkuasa. Ini penting bagi memastikan ekosistem e-dagang yang lebih beretika, selamat, dan patuh Syariah.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/article/view/5743 ACCESSIBILITY OF MICROFINANCE PRODUCTS FOR INCOME GENERATION AND POVERTY REDUCTION IN JIGAWA STATE 2025-03-19T10:05:33+08:00 Gambo Babandi Gumel gbabandi@yahoo.com Itari Abdul-Razaq Rilwan abdulrazaq.itari@fud.edu.ng Mohammed Seri serigaringabas@yahoo.com Faiza Adhama Mukhtar faiadhama@yahoo.com
Small loans are critical for alleviating mass poverty, particularly for individuals unable to finance small-scale businesses. This study explores the role of accessing microfinance as a tool for poverty alleviation in Jigawa State, Nigeria, highlighting its effectiveness in providing financial and non-financial services to marginalized individuals. The research underscores the complexities of poverty reduction, which is influenced by various socio-economic factors and cultural dynamics. Utilizing a survey of 450 microfinance beneficiaries across three senatorial districts, the study employs multiple regression analysis to examine the impact of demographic variables—such as gender, marital status, age, number of dependents, educational level, and religion—on access to microfinance products. Findings reveal that education, marital status, and religious affiliation significantly affect perceptions of microfinance's benefits, while gender, age, and number of dependents show limited influence. The results suggest a need for tailored microfinance products to better support married individuals and enhance financial literacy among clients. Additionally, the high prevalence of Muslim respondents indicates that aligning microfinance offerings with Islamic principles may improve acceptance and utilization. The study concludes that while microfinance has potential for income generation and poverty reduction, its success depends on adapting services to meet the diverse needs of the community, complemented by educational initiatives and collaborative partnerships with government and development organizations.
2025-03-19T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance