PENGARUH INFLUENCER TERHADAP GENERASI Z (GEN-Z) MASA KINI: SUATU TINJAUAN AWAL
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.7389Keywords:
Faktor, Niat, Guru, Insurans Konvensional, TakafulAbstract
Peranan influencer kepada generasi Z sangat besar dan pelbagai, terutama dalam era digital sekarang. Namun, terdapat beberapa generasi Z yang terpengaruh dengan sikap influencer yang kurang baik dalam media sosial. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis kandungan yang mempengaruhi generasi Z dan menganalisis kesan pengaruh influencer terhadap kehidupan generasi Z masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik melalui Google Form kepada 66 orang pelajar generasi Z sebagai kajian tinjauan awal yang dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan jenis kandungan yang mempengaruhi generasi Z masa kini meliputi aspek fesyen, pendidikan, tarian, hiburan dan gaya hidup. Manakala, antara kesan pengaruh influencer terhadap kehidupan generasi Z adalah mereka cenderung untuk mengikuti fesyen yang digayakan oleh influencer, mengubah pilihan produk dan perkhidmatan mengikut influencer, menghadapi tekanan sosial, membeli barang yang direkomendasikan oleh influencer, kerap mengamalkan nasihat atau didikan daripada influencer.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








