E-Journal of Islamic Thought & Understanding
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU

The E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU) (e-ISSN 2600-9617) is an open-access international refereed journal. E-JITU of UiTM Cawangan Melaka is published twice a year and various field university to provide the research and academic community to disseminate their writing related to the Islamic Communication, Muamalat, Islamic Economics, Islamic Banking and Finance, Shari’ah and Law, Islamic Law and Judicial System, Halal Science and Management, Islamic Civilization, Islamic Thought, Comparative Religion, Islamic Education and Management, and Islamic Administration and Management. E-JITU is a peer-reviewed open access journal with NO article processing charge (APC). E-JITU is indexed in MyJurnal, Google Scholar and Journal.UiTM.

Submit your article via E-JITU website: MAKE A NEW SUBMISSION or through our email: ejitumelaka@gmail.com (E-JITU template: Click Here).
en-USejitumelaka@gmail.com (Prof. Dr. S. Salahudin Hj. Suyurno)ejitumelaka@gmail.com (Dr. Muaz bin Hj. Mohd Noor)Fri, 25 Apr 2025 00:00:00 +0200OJS 3.3.0.5http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss60FAKTOR POLIGAMI TANPA KEBENARAN: ANALISIS KES DI MAHKAMAH SYARIAH MUAR, JOHOR
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6084

Kes poligami tanpa kebenaran merupakan antara kes yang sering dilaporkan di mahkamah syariah. Prosedur yang diperkenalkan pihak mahkamah, secara asasnya berperanan memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan yang berpoligami selaras dengan matlamat syarak. Namun begitu, masih wujud segelintir pihak yang mengambil jalan pintas untuk berpoligami dengan membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada, sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Kajian bertujuan mengenalpasti faktor kes poligami tanpa kebenaran yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor serta implikasi pelanggaran peruntukan tersebut. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen penghakiman serta temubual yang dijalankan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan prosedur poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor. Prosedur poligami meskipun tidak menjadi salah satu rukun sah perkahwinan menurut Islam, namun ia merupakan asas penting dalam memastikan matlamat perkahwinan tercapai dan terpelihara. Prosedur permohonan dan kelulusan poligami yang ketat dilihat menjadi punca segelintir pihak sengaja mencari jalan mudah untuk berpoligami meskipun tanpa kebenaran daripada pihak mahkamah. Penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang sewajarnya perlu diterapkan bagi mendidik setiap pasangan kepentingan mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan, sekaligus memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan selepas perkahwinan tersebut.
Norain Mohd Shah, Khairul Azhar Meerangani
Copyright (c) 2021
https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6084Fri, 25 Apr 2025 00:00:00 +0200PERLAKSANAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENERUSI FAN-Q BOARD GAME: KAJIAN RINTIS DI SK SURA, TERENGGANU
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6085

Realitinya, pengajaran dan pembelajaran (PnP) kontemporari mendambakan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikannya. Kaedah PnP secara bermain banyak dilaksanakan dengan reka bentuk permainan yang pelbagai bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendekatan belajar dengan kaedah bermain iaitu menerusi Fan-Q Board Game dalam pembelajaran pendidikan Islam. Selanjutnya, kajian ini ingin mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual ke atas lapan (8) orang murid dan dua (2) orang guru. Selain itu, kaedah observasi juga turut dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan pelaksanaan PnP bagi mata pelajaran pendidikan Islam melalui aktiviti “Fan-Q Board Game” dapat membantu murid-murid dalam mengingati fakta sejarah Islam, kisah binatang berdasarkan ayat al-Quran, asas ajaran agama dan sebutan zikir dengan lebih cepat. Selain itu, pelaksanaan aktiviti “Fan-Q Board Game” juga mampu memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bersabar dan jujur dalam kalangan kanak-kanak. Kajian juga mendapati antara aspek yang perlu diberi perhatian bagi menambah keseronokan semasa beraktiviti ialah berkenaan dengan tahap kesukaran soalan, tempoh masa yang tidak terlalu panjang dan denda dalam bentuk tertentu seperti berundur dari kotak terkini sebagai hukuman. Biarpun begitu, reka bentuk pembelajaran berasaskan permainan “Fan-Q Board Game” ini mempunyai prospektif dan potensi tinggi untuk diaplikasikan dalam konteks pendidikan Islam pada semua peringkat umur.
Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar, Azarudin Awang, Norlaila Ibrahim, Nur Raihana Mohd Sallem, Wan Ahmad Khusairi Wan Chek
Copyright (c) 2021
https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6085Fri, 25 Apr 2025 00:00:00 +0200ANALISIS KURIKULUM HALAL DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KSSM
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6086

Konsep halalan toyyiba amat dititikberatkan dalam kehidupan umat Islam. Terdapat pelbagai kurikulum, program atau modul dibangunkan khusus untuk memberikan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan halal. Kajian ini bertujuan meneliti kurikulum halal yang diajar kepada murid-murid dengan menampilkan analisis dokumen kurikulum Pendidikan Islam terkini dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dapatan kajian menemui kurikulum halal diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam KSSM bersifat menyeluruh. Terdapat dua kategori kurikulum halal dalam subjek Pendidikan Islam KSSM. Kategori pertama iaitu tajuk secara eksplisit memzahirkan fokus kepada kurikulum halal, dan kategori kedua iaitu tajuk-tajuk yang disentuh secara implisit berkenaan halal dan haram merangkumi bidang; a) Akidah, b) Ibadah, c) Nikah, d) Muamalat, e) Jenayah, dan f) Akhlak. Kajian ini memberi implikasi kepada penggubal kurikulum untuk merangka dan menyesuaikan kesinambungan kurikulum halal yang diterima oleh para murid selepas pengajian di peringkat sekolah menengah. Di samping itu, dapatan kajian ini dapat memberikan panduan atau kerangka kepada para guru Pendidikan Islam supaya dapat menyusun keseluruhan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dengan mengaitkan semua topik PdP kepada konsep umum halal dan haram.
Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar Wan Abdullah
Copyright (c) 2021
https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6086Fri, 25 Apr 2025 00:00:00 +0200PENGHAYATAN AKIDAH DALAM KALANGAN SAUDARA BAHARU: SATU KAJIAN EKSPERIMENTAL
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6087

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk membandingkan tahap penghayatan akidah antara kaedah pembelajaran secara inkuiri terbimbing (PIT) dan pembelajaran secara konvensional (PK). Rekabentuk kajian secara eksperimen ringkas yang melibatkan 49 orang saudara baharu telah digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada saudara baharu yang belajar pada aras rendah dan tinggi yang diambil secara rawak di Institut Dakwah Islamiah (IDIP). Seramai 25 orang subjek dijadikan kumpulan rawatan manakala 24 orang subjek lagi dijadikan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan didedahkan dengan pembelajaran secara inkuiri terbimbing (PIT) manakala kumpulan kawalan didedahkan dengan pembelajaran secara konvensional (PK). Perbandingan dilakukan antara kedua-dua kumpulan untuk melihat tahap penghayatan akidah. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik inferensi menggunakan ujian-t digunapakai untuk membandingkan tahap penghayatan antara kedua-dua kumpulan pada aras singifikan P < 0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penghayatan akidah antara kedua-dua kumpulan. Tahap penghayatan antara kedua-dua kumpulan adalah sederhana begitu juga antara pelajar aras rendah dan pelajar aras tinggi. Justeru. Kajian ini memberi implikasi kepada kaedah pembelajaran akidah agar lebih menumpukan aspek penghayatan di samping aspek kefahaman atau pencapaian.
Adi Syahid M.A, Noor Hisham Md Nawi, Shah Rul Anuar Nordin, S.Salahudin Suyurno
Copyright (c) 2021
https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU/article/view/6087Fri, 25 Apr 2025 00:00:00 +0200