Peranan Algoritma Suapan Berita Terhadap Pembentukan Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pengundi Muda Baharu Di Malaysia

Authors

  • Siti Nurshahidah Sah Allam Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Normah Mustaffa Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nor Shahizan Ali Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Mohd Sufiean Hassan Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Keywords:

Pengundi Muda Baharu, Algoritma Suapan Berita, Penyertaan Politik, Media Sosial, Pengetahuan Politik

Abstract

Ledakan teknologi komunikasi dan maklumat pada hari ini membuka platform kepada golongan muda terutama pengundi muda baharu  untuk mendapat akses maklumat politik. Hal ini mendorong kepada pelaksanaan polisi penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Malaysia. Teknologi komunikasi dan maklumat memainkan peranan penting dalam meningkatkan akses kepada berita politik sehingga membentuk struktur pengetahuan politik yang kukuh untuk mendorong tindakan menyertai aktiviti politik. Media mempunyai peranan yang kuat dalam membentuk minat politik, memperkukuh struktur pengetahuan politik dan akhirnya, mendorong kepada tingkahlaku menyertai aktiviti politik. Namun, dalam konteks pengundi muda baharu kurang perbincangan dilaporkan dan jurang pengetahuan mengenai trend penyertaan politik masih kurang diberi perhatian oleh penyelidik. Isu utama adalah tingkahlaku pengundi muda baharu adalah tidak sama pendekatannya dengan pengundi yang senior dan berpengalaman. Permasalahan yang dikenalpasti adalah tahap minat politik dan pengetahuan politik yang rendah dijangka memberi kesan kepada tahap penyertaan politik pengundi muda baharu. Di samping itu, kurang kefahaman terhadap trend penyertaan politik pengundi muda baharu memberi kesan kepada sfera politik negara. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan 1) peranan media kepada pengundi muda baharu, 2) fungsi algoritma suapan berita dalam mendedahkan pengundi muda baharu dengan kandungan politik dan 3) trend penyertaan politik pengundi muda baharu. Artikel ini secara komprehensif membincangkan kepentingan peranan media, keberkesanan fungsi algoritma suapan berita dan trend penyertaan politik sebagai asas pelengkap pembentukan bingkai tingkahlaku keputusan mengundi dalam kalangan pengundi muda baharu untuk kajian di masa hadapan.

Downloads

Published

2025-01-31

How to Cite

Sah Allam, S. N., Mustaffa, N., Ali, M. N. S., & Hassan, M. S. (2025). Peranan Algoritma Suapan Berita Terhadap Pembentukan Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pengundi Muda Baharu Di Malaysia. E- Journal of Media and Society, 8(1), 101–112. Retrieved from https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JOMS/article/view/4990