Liputan Media terhadap Pelarian Etnik Rohingya: Perbandingan Naratif Malaysia, Indonesia dan NGO Antarabangsa
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejoms.v8i2.6828Abstract
Krisis pelarian etnik Rohingya menjadi isu kemanusiaan dan geopolitik yang mendapat perhatian meluas di peringkat serantau dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap artikel berita, laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan kenyataan media yang diterbitkan antara tahun 2017 hingga kini. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu 1) mengenal pasti agenda yang dibawa oleh media Malaysia dalam melaporkan isu pelarian Rohingya; 2) menganalisis perbezaan laporan media Indonesia dan NGO antarabangsa dalam liputan berkaitan; dan 3) menilai pengaruh kandungan dan gaya penulisan media di Malaysia, Indonesia dan NGO antarabangsa dalam membentuk persepsi awam terhadap pelarian Rohingya. Hasil kajian ini mendapati 1) media Malaysia lebih menekankan aspek keselamatan dan beban sosioekonomi, 2) liputan media Indonesia bersifat berhati-hati. Sementara itu, NGO antarabangsa pula menekan Malaysia dan Indonesia melalui wacana hak asasi manusia, khususnya berkaitan dengan layanan terhadap pelarian Rohingya; dan 3) liputan media dipengaruhi oleh konteks politik, budaya dan dasar migrasi masing-masing. Kajian mencadangkan pengukuhan etika kewartawanan dan pendidikan media bagi memastikan liputan yang seimbang dan bertanggungjawab. Selain itu, kerjasama serantau serta dialog antara media, NGO, dan pembuat dasar perlu diperkukuh untuk menangani isu pelarian secara adil dan berasaskan fakta.





