PENJANAAN EKONOMI ORANG ASLI DI NEGERI JOHOR:
KAJIAN KES DI KAMPUNG SUNGAI MERING
DOI:
https://doi.org/10.24191/ij.v10i2.4485Keywords:
Ekonomi, Insfrastruktur, Orang Asli, Temuan, Strategi keusahawananAbstract
Penjanaan ekonomi di kalangan Orang Asli menjadi isu utama menentukan keupayaan mereka keluar daripada tahap kemiskinan, iaitu kalangan B40. Kekuatan dan kebolehupayaan komuniti Orang Asli berbeza mengikut lokasi penempatan dan daya usaha yang mereka lakukan. Bagi Orang Asli Temuan yang menetap di Kampung Sungai Mering, Tangkak, kebolehupayaan mereka menjana ekonomi yang lebih baik adalah suatu yang luar biasa dan boleh dijadikan contoh kepada penempatan Orang Asli lain. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kemudahan insfrastruktur di lokasi kajian, keupayaan ekonomi dalam mewujudkan daya saing, dan daya keusahawanan kalangan penduduk setempat. Berbantukan kajian kualitatif temubual dengan Tok Batin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan beberapa individu berpengaruh, dan dengan pemerhatian langsung penyelidik, perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Mering boleh dijadikan model pembangunan ekonomi kepada komuniti lain. Dengan 36 buah rumah yang didiami seramai 262 penduduk yang dibuka sejak 1996, ternyata ia sebuah perkampungan yang lengkap dan kelihatan sempurna. Perwajahan kampung ini ternyata berbeza yang setanding dengan perkampungan Melayu lain. Sikap berani mencari ruang, mahu berusaha dan terbuka kepada persaingan antara kekuatan yang mereka miliki yang akhirnya mereka berupaya berdikari dan mencapai kestabilan ekonomi sendiri. Perubahan sikap dan dorongan kehendak yang kuat selain kerjasama utuh dalam kalangan komuniti terpencil, berjaya merubah bentuk kediaman daripada rumah-rumah buluh beratapkan bertam kepada rumah batu dan berkenderaan sendiri. Ia adalah satu model yang seharusnya diungkap dalam usaha memajukan komuniti Orang Asli secara menyeluruh sesuai dengan konsep Malaysia Madani.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Ahmad Nawawi Yaakob, Nurulzulaiha Suhadak, Rohani Jangga, Alizah Ali, Muhammad Sobri Faisal

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






