UNDI18
Analisa Keperluan Literasi Politik Pengundi Muda Melayu Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam Pasca PRN Johor Ke-15
DOI:
https://doi.org/10.24191/ij.v10i2.4487Keywords:
Literasi Politik, Pengundi Muda, PRN15 Johor, Undi18Abstract
Pilihanraya Negeri Johor ke-15 merupakan satu ujian pertama kepada pelaksanaan penurunan had mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun atau dikenali Undi18. Namun, berlaku kemerosotan peratusan yang keluar mengundi berbanding ketika Pilihanraya Umum Ke-14 apabila hanya 54.92% pengundi yang layak telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Antara faktor menyumbang kepada kemerosotan ini adalah berpunca kepada pelaksanaan Undi18 yang gagal menarik minat golongan berkenaan untuk terlibat dalam proses demokrasi politik negara kerana tahap literasi politik adalah sederhana. Pengundi muda Melayu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dianggap mempunyai tahap literasi politik yang tinggi apatah lagi tahap keperluan literasi politik dalam kalangan mereka, namun tiada bukti mengesahkannya. Lantaran itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana keperluan literasi politik ke atas pengundi muda Melayu di IPTA. Satu set soal selidik dibangunkan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Seramai 558 responden yang berasal dari negeri Johor telah memberikan maklum balas dalam kajian ini dan kaedah penyelidikan kualitatif digunakan untuk menganalisa maklum balas yang diberikan. Hasil maklum balas yang telah dianalisa dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pandangan positif, negatif dan berkecuali. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 83.5% daripada keseluruhan responden memberikan pandangan positif kepada keperluan literasi politik dalam kalangan pengundi muda Melayu di IPTA. Oleh demikian, terdapat keperluan dan penerimaan yang positif dalam kalangan pengundi muda Melayu di IPTA terhadap apa-apa usaha yang mampu meningkatkan literasi politik kepada mereka
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Sulaiman Mahzan, Siti Fairuz Nurr Sadikan, Suhaila Osman, Mohd Ab Malek Md Shah, Mohd Risham Jaafar, Muhammad Safuan Abdul Latip, Shamsol Shafie, Shamsol Shafie

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






