TikTok dan Bahasa Iklan: Kajian Percampuran Kod dalam Pengiklanan Digital Kosmetik

Authors

  • Nurulalya Husna Binti Muhamad Rupi
  • Norhazlina Binti Husin
  • Noor Saadah Binti Salleh

DOI:

https://doi.org/10.24191/v.10.3.7036

Abstract

Percampuran kod merupakan fenomena yang sering berlaku dalam kalangan penutur atau masyarakat yang bertutur lebih daripada satu bahasa. Percampuran kod boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk pengiklanan digital. Pengiklanan digital pula adalah sebahagian daripada strategi pemasaran digital yang mencakupi sebahagian besar daripada strategi penjualan produk dalam talian dan seringkali menjadi kaedah pilihan untuk mengiklan sesuatu produk. Platform sebegini dilihat lebih mudah digunakan untuk menarik perhatian pengguna sasaran. Kajian dijalankan bagi mengkaji percampuran kod dalam iklan kosmetik yang menggunakan TikTok sebagai platform pengiklanan. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu untuk (i) mengenal pasti jenis percampuran kod dan (ii) menganalisis fungsi percampuran kod yang terdapat dalam pengiklanan digital TikTok produk kosmetik. Kajian secara kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan data dan kaedah analisis kandungan sebagai kaedah kajian. Teori Hamers dan Blanc (2000) pula digunakan sebagai kerangka untuk menganalisis jenis percampuran kod yang terdapat dalam iklan digital. Manakala bagi menganalisis fungsi percampuran kod pula, kajian menggunakan teori fungsi percampuran kod K.Kanthimathi 2007.  Hasil analisis  menunjukkan terdapat beberapa jenis dan fungsi percampuran kod di dalam video iklan kosmetik dalam proses mempromosikan produk kosmetik kepada pengguna sasaran. Jadi daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa video pengiklanan produk kosmetik yang terdapat di dalam media sosial terutamanya TikTok mempunyai jenis dan fungsi percampuran kod. 



Downloads

Published

2026-07-01

How to Cite

TikTok dan Bahasa Iklan: Kajian Percampuran Kod dalam Pengiklanan Digital Kosmetik. (2026). International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 10(3). https://doi.org/10.24191/v.10.3.7036