Budaya Kesukarelawanan dan Keunikan Etnografi Dapur Jalanan Kuala Lumpur
DOI:
https://doi.org/10.24191/jas.v18i1.2729Keywords:
Budaya kesukarelawanan, Gelandangan, Warga miskin kota, Etnografi, Dapur Jalanan Kuala LumpurAbstract
Budaya kesukarelawanan penting bagi membentuk perpaduan negara dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar terutamanya dalam negara berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami budaya kesukarelawanan yang diamalkan oleh Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) dan memahami etnografinya. Data yang digunakan diperoleh melalui kaedah etnografi sebagai sukarelawan tetap dan pemerhati serta menggunakan instrumen borang soal selidik yang diedarkan kepada 295 orang sukarelawan yang menyertai program sukarelawan bersama DJKL. Selain itu, temu bual juga dijalankan bersama beberapa sukarelawan tetap DJKL yang lain dan gelandangan (warga miskin kota) di Jalan Panggong.Berdasarkan hasil statistik menunjukkan bahawa majoriti sukarelawan DJKL terdiri daripada golongan belia wanita. Selain itu, DJKL menerima kehadiran sukarelawan yang pertama kali menyertai program kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada kadar 69 peratus manakala 93 peratus tidak pernah menjadi sukarelawan tetap di mana-mana NGO di Malaysia. Hasil etnografi menunjukkan DJKL mengamalkan pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan yang mementingkan aspek alam sekitar, etika, seni dan budaya. Cadangan berdasarkan hasil kajian ini adalah dengan melaksanakan pool volunteer bagi meningkatkan penyertaan sukarelawan tetap dan bekerjasama dengan persatuan-persatuan universiti supaya dapat mengembangkan lagi budaya kesukarelawanan. Akhir sekali, menubuhkan unit statistik DJKL supaya proses pengurusan data dapat dilakukan secara konsisten dan sistematik.
References
Anheier, H. K., & Salamon, L. M. (1999). Volunteering in Cross-National Perspective: Initial comparisons. Law and Contemporary problems, 62(4), 43-65.
Bahari, A. (2004). Menghayati kerja sukarela. Qarya.
Babbie, E., & Mouton, J. (2001). The Practice of Social Research (Cape Town: Oxford University Press South Africa). 13,
Bernama (2017, April 26). Pengarah kanan YaPEIM direman Kes Pecah Amanah. Retrieved August 2018, from Free Malaysia Today: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/26/pengarah-kanan-yapeim-direman-kes-pecah-amanah/.
Clary, E. G., & Snyder, M. (1999). The Motivations to Volunteer: Theoretical and Practical Considerations. Current directions in psychological science, 8(5), 156-159.
Curtis, K. A. (1997). Urban Poverty and the Social Consequences o Privatized Food Assistance. Journal of Urban Affairs, 19(2), 207-226.
Department of Statistics Malaysia. (2020). The Key Findings: Income, Poverty, Inequality, Expenditure, Basic Amenities.
Doolan, K., Cepić, D., & Walton, J. F. (2019). Charity’s dilemmas: An Ethnography of Gift Giving and Social Class in Croatia. Journal of Organizational Ethnography.
Fine, G. A. (2003). Towards a Peopled Ethnography: Developing Theory from Group Life. Ethnography, 4(1), 41-60.
Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T. (2007). Applying Theories of Institutional Helping to Informal Volunteering: Motives, Role Identity, and Prosocial Personality. Social Behavior and Personality: an international journal, 35(1), 101-114.
Ghani, M. S. A. (2014, Julai 5). Kementerian, NGO 'Soup Kitchen' Jumpa Selasa ini. Retrieved Julai 3, 2018, from Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kementerian-ngo-soup-kitchen-jumpa-selasa-ini-1.296654.
Hann, C. (2014). The Economistic Fallacy and Forms of Integration Under and After Socialism. Economy and Society, 35(4), 626-649. (n.d.).
Hammersley, M. (2007). Ethnography. The Blackwell encyclopedia of sociology. Kechara. Retrieved August 23, 2020, from Kechara: https://www.kechara.com/about/what-is-kechara/.
Keempat, K. D. E. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Macionis, J. J., & Gerber, L. M. (2011). Sociology (7th Canadian ed.). Toronto, Ontario, Canada: Prentice Hall.
Manis. (2016). Perbezaan Orang Papa dan Gelandangan. Retrieved June 28, 2018, from https://manis.kpwkm.gov.my/manis/#/app/informasi/5.
Miller, D. L., Creswell, J. W., & Olander, L. S. (1998). Writing and Retelling Multiple Ethnographic Tales of a Soup Kitchen for the Homeless. Qualitative Inquiry, 4(4), 469-491.
Muhammad, I. H. (2014). Budak Beca. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Musarò, P. (2013). Food Consumption and Urban Poverty: An Ethnographic Study. Italian Sociological Review, 3(3).
Musick M, Wilson J (2003) Volunteering and Depression: The Role of Psychological and Social Resources in Different Age Groups. Social Science and Medicine 56(2), 259-269.
Oesterle, S., Johnson, M. K., & Mortimer, J. T. (2004). Volunteerism During the Transition to Adulthood: A life Course Perspective. Social Forces, 82(3), 1123-1149.
Okun, M. A., & Schultz, A. (2003). Age and Motives for Volunteering: Testing Hypotheses Derived from Socioemotional Selectivity Theory. Psychology and Aging, 18(2), 231.
Omoto, A. M., Snyder, M., & Martino, S. C. (2000). Volunteerism and the Life Course: Investigating Age-Related Agendas for Action. Basic and applied social psychology, 22(3), 181-197.
Poppendieck, J. (1994). Dilemmas of Emergency Food: A guide for the Perplexed. Agriculture and Human Values, 11(4), 69-76.
Sham, M. S. M., & Selvaratnam, D. P. (2018). Strategi Kelangsungan Hidup Gelandangan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sains Humanika, 10(2).
Van Maanen, J. (1988). Tales of the Field: On Writing Ethnography. Chicago: University of Chicago Press.
Wolcott, H. F. (1994). Transforming Qualitative Data: Description, Analysis, and Interpretation. Sage.
Yeoh, S. G. (2017). The World Class City, the Homeless and Soup Kitchens in Kuala Lumpur. Current Sociology, 65(4), 571-586.
Za’aba, Z. A. A. (2015). Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zhang, H. X., & McWhinney, J. (2012). Working with the Homeless: The Case of a Non-Profit Organisation.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 Syafiq Sham, Doris Padmini Selvaratnam, Haziq Fikri Jasni, El Hanis Harun

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.



