Pengaruh Identifikasi Parti Dan Politik Pembangunan Dalam Pilihan Raya Kecil (Prk) Parlimen Sungai Besar Dan Kuala Kangsar 2016

Authors

  • Junaidi Awang Besar Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (Social, Environmental and Developmental Sustainability - SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

DOI:

https://doi.org/10.24191/jas.v15i3.2731

Keywords:

Pilihan Raya Kecil, Parlimen, Identifikasi parti, Politik pembangunan, Status quo

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P093) Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar pada 14 Jun 2016 (hari mengundi awal) dan 18 Jun 2016 (hari mengundi biasa) merupakan pilihan raya yang sesuai untuk melihat reaksi pengundi terhadap senario politik semasa tanah air yang sedang bergolak sama ada pada pihak Barisan Nasional (BN) mahupun parti-parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan AMANAH dan juga Blok Ketiga (PAS dan IKATAN). PRK ini diadakan berikutan kematian kedua-dua ahli parlimen BN yang terlibat dalam nahas helikopter ketika PRU DUN Sarawak pada Mei 2016. Justeru adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh identifikasi parti dan politik pembangunan dalam PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor; dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak. Metod atau data kajian ini diperoleh melalui pemerhatian di lapangan, analisis data primer keputusan PRK di kedua-dua kawasan parlimen tersebut dan sumber sekunder daripada buku-buku akademik, artikel jurnal dan kertas seminar/prosiding yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa BN terus mengekalkan ‘status quo’ kerana faktor identifikasi parti dan mentaliti politik pembangunan yang menebal dalam pemikiran pengundi di kedua-dua kawasan tersebut. Pertandingan tiga penjuru yang mengakibatkan perpecahan parti-parti pembangkang antara PH dengan PAS turut memberi kelebihan kepada BN untuk terus kekal dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Namun begitu jika dilihat kepada keputusan PRK mengikut kawasan daerah mengundi majoriti etnik tertentu serta lokasi geografi (bandar-luar bandar) jelas menunjukkan pola pengundian yang berlaku adalah mirip keputusan PRU 2013 sebelumnya. Faktor PRK yang diadakan pada bulan puasa, pengundi luar yang tidak pulang mengundi, perpecahan undi pembangkang, protes penyokong parti masing-masing turut mempengaruhi peratusan keluar mengundi seterusnya keputusan dan pola pengundian. Justeru, semua parti politik perlu mengambil iktibar terhadap keputusan dan pola pengundian sedemikian untuk merangka stategi politik yang mantap bagi memenangi hati pengundi menuju PRU-14 akan datang.

References

Amer Saifude Ghazali (2013) Analisis dan Pola Pengundian. Dlm. Mohammad Redzuan Othman & Amer Saifude Ghazali.Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit

Gantang 2009. Kuala Lumpur: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Amir Hasan Dawi (2013) Pola Pengundian di Perak dalam PRU-13.Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (Editor).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?.Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Araf Azran (2014) Rakyat Selangor memerhatikan Azmin. Dlm. Dewan Masyarakat. Keluaran November. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Butler, B. & Kavanagh, D. (2002) The British General Election of 2001. New York: Palgrave.

Campbel, A., Converse, P.E., Miller, W.E. & Stokes, D.E. (1960) The American Voter. New York: Jown Wiley.

Chamil Wariya (2006) Perjuangan Membela Melayu: UMNO Selangor 1946-2006. Kuala Lumpur: Media Global Matrix Sdn Bhd.

Downs, A. (1957) An Economic Theory of Democracy. New York: Harper & Row.

Fairol Halim, Mohamed Mustafa Ishak, Mohd Foad Sakdan, Mohammad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Zaheruddin Othman, Shamsul Anuar Che May@Ismail,

Mohammad Fuad Othman, Yahya Adon (2011) Kajian Transformasi Kepimpinan Masyarakat Selangor. Conference On Elections And Democracy In Malaysia 2011. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. 9-10 November.

Fernando, J.M. (2011) Urban Swing dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12: Kajian Kes Negeri Selangor. Dlm. Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12: Isu dan Pola Pengundian. Joseph M. Fernando, Zulkanain Abdul Rahman & Suffian Mansor (Edt.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hashim Harun (1994) Ragam pengundi Melayu Bandar dan desa: satu kajian di Kajang dan Dengkil. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi, Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2009) Pola Politik Mengikut Kaum Di Kawasan Parlimen Bukit Gantang (P059). Kertas Kerja Seminar Malindo-Nusantara (I).The Hills Bukittinggi Hotel, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.Anjuran Universitas Andalas (UNAND), Padang, Sumatera Barat, Indonesia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 16-17 Disember.

Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2010) persepsi terhadap kepimpinan nasional dan Kerajaan Negeri Selangor. Seminar Bersama Antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Universitas Indonesia (UI) “SEBUMI 3” 2010. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi, Selangor. Anjuran: Universiti Kebangsaan Malaysia – Universitas Indonesia. 12-13 Oktober.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek, Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Mohd Faidz Mohd Zain (2010a) Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Hulu Selangor 2010: Politik Pembangunan dan Pola Pengundian. Asia Pacific Conference (APC) On History, Politics & Strategic Studies And Climate Change. At Faculty Of Social Sciences And Humanities (FSSK) And Senate Room, UKM. 29-30 November.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek, Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Mohd Faidz Mohd Zain (2010b) Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Hulu Selangor 2010: Politik Pembangunan Dan Pola Pengundian. Kertas Kerja Asia Pacific Conference (APC) On History, Politics & Strategic Studies And Climate Change. At Faculty Of Social Sciences And Humanities (FSSK) and Senate Room, UKM. 29-30 November.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek, Yahaya Ibrahim, Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Khaidzir Hj. Ismail (2010c) Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak. Jurnal E-Bangi. 5(1): 26-37.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain (2011a) Kajian budaya politik Melayu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu. (8)2011: 153-172.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain (2011) Kajian Budaya Politik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Selangor.Jurnal Melayu. (8)2011: 153-172.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali (2012a) Persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dan impaknya Kepada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Selangor. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities. 7(2): 200-224.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali (2012b) Pengaruh gerrymandering terhadap pola pengundian di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Malaysia. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space. 8(7): 1-12.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali. Mohd Fuad Mat Jali (2012c) Impak persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 dan pola pengundian di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 1995-2008. The 6TH East Asia Regional Conference on Alternative Geographies (The 6th EARCAG) “Global Change and the Re-Shaping of Society and Environment in East Asia”. Organised By: Geography Programme, School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, The National University of Malaysia, Bangi, Selangor. At: Danau Golf Resort, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia. 13-16 February.

Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali & Mohd Fuad Mat Jali (2014b) Analisis Pilihan Raya Kecil (PRK) 2013-2014 di Malaysia dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pilihan Rasional, Teori Identifikasi Parti dan Model Sosiologi. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia Ke-8 (PAHMI8) (The 8th International Conference On Malaysia-Indonesia Relations). Anjuran dan Tempat: Fakultas Hukum, Universitas Lancang Kuning (Unilak), Pekanbaru, Riau, Indonesia. 23-25 September.

Khalid Samad (2011) Dasar sosial kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Dlm. Tricia Yeoh (pnyt.). Liku-Liku Reformasi: Pakatan Rakyat di Selangor, hlm. 207-215. Terj. Amin Ahmad. Petaling Jaya: Strategic Information and Reseach Development Centre (SIRD).

Kuek Ser Kuang Keng (2012a) By-election 10: P94 Hulu Selangor, Selangor. In. Wong Chin Huat & Soon Li Tsin (Edt.), Democracy at stake?: Examining 16 byelections in Malaysia 2008-2011. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Kuek Ser Kuang Keng (2012b) By-Election 4: P59 Bukit Gantang, Perak (March 29-April 7, 2009. InWong Chin Huat & Soon Li Tsin (Edtr). Democracy at Stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Leow Pek Yee @ Loh Pek Yee (2001) Pilihan raya 1999: tingkahlaku pengundi Cina di Sri Kembangan. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim Liang Huat (1990) Penilaian pilihan raya kecil kawasan Parlimen Ampang Jaya tahun 1989: Satu kajian perhubungan unsur kelas sosial dan unsur perkauman. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman & Amer Saifude Ghazali (2013) Dewan Negeri Selangor selepas 2008. Dlm Saari Sungib. 50 Tahun Potret Demokrasi Selangor. Shah Alam: Communication Corporation Sdn Bhd. (CCSB).

Mohd Faidz Mohd Zain & Junaidi Awang Besar (2010) Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor: satu analisis terhadap politik Melayu. Seminar Bersama Antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Universitas Indonesia (UI) “SEBUMI 3” 2010. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi, Selangor. Anjuran: Universiti Kebangsaan Malaysia – Universitas Indonesia. 12-13 Oktober.

Mohd Fuad Mat Jali (1995) Persekitaran dan pengundi: Kajian awal kearah pembentukan tingkahlaku pengundi dalam pilihan raya umum 1990 dan 1995 dikawasan Parlimen Tanjung Karang. Selangor. Seminar 25 tahun Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar (2009) Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR): Kajian Pungutan Pendapat di Kalangan Kakitangan Awam, Negeri Selangor Darul Ehsan. Persidangan International Conference Of Social Science And Humanity (ICOSH) 2009. Anjuran Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 2-3 Disember 2009.

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar & Kamaruddin M Said (2009) Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR): Kajian pungutan pendapat di kalangan kakitangan awam Negeri Selangor, Malaysia. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space. 5(1): 44-53.

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Muhammad Hazim Abd Ghani & Muhammad Nurluqman Mohd Zin (2014) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor: Analisis Terhadap Kempen, Isu, Persepsi Terhadap Dasar Kerajaan dan Keputusan PRK. International Conference On Social Sciences And Humanities (ICOSH) 2014. Host and at Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. 10-13 November.

Mohd Hasbie Muda (2013) Kemenangan yang Tertangguh: Analisis Keputusan PRU ke-13 dan Unjuran Kemenangan Masa Hadapan. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.

Muhammad Hazim Abdul Ghani, Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2016) Isu dasar kerajaan dalam politik pengundi pasca Pilihan Raya: Kajiankes DUN Teratai, Pandan, Selangor Darul Ehsan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 12(4): 34 – 45.

Pemerhatian di lapangan 4 hingga 13 Jun 2016 di kawasan Parlimen Sungai Besar (DUN Sungai Panjang - Daerah Mengundi Parit 16 – Belia 2, Parit 13-15 Sungai Panjang, Parit 6-12 Sungai Panjang, Parit 2-5 Sungai Panjang, Pekan Sungai Besar, Bagan Sungai Besar, Parit 1 Timur, Sungai Limau, Sungai Haji Dorani, Peket Enam Puluh, Simpang Lima, Parit 13 Sungai Nipah, Sungai Nipah, Sungai Nibong, Pasir Panjang Tengah, Pasir Panjang Selatan, Taman Berkat, Parit 6-12 Timur, Kampung Baru Nelayan; dan di DUN Sekinchan yang mengandungi Daerah Mengundi Sungai Leman Bendang Utara, Sungai Leman Bendang Tengah, Sungai Leman Bendang Selatan, Sungai Leman Kampung Darat, Sungai Leman Kampung Laut, Sekichan Selatan, Sekinchan Tempatan Selatan, Sekinchan Tempatan Tengah, Sekinchan Tempatan (Site B), Kian Sit dan Sekinchan. Parlimen Kuala Kangsar (DUN Bukit Chandan - Daerah Mengundi Jalan Kangsar, Jalan Datoh, Jalan Dato Sagor, Kg. Talang, Kg. Pajak Potong, Kg. Lemah Sayong, Bukit Resident, Bukit Chandan, Bendang Kering, Menora, Senggang, Seberang Manong dan Bekor; dan DUN Manong - Daerah Mengundi Taman Bunga Raya, Talang Hulu, Jalan Baharu, Bendang Panjang Jerlun, Kg. Mesjid, Kg. Ketior, Ulu Kenas, Lempor, Kg. Jeliang,Manong, Semat dan Ulu Piol).

Rahman Shaari (2009) Tingkah Politik. Shah Alam: Buku Prima Sdn Bhd.

Rahman Shaari (2012) Politik Bagus. Ampang: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd.

Siti Noranizahhafizah Boyman & Jayum Anak Jawan (2016) Kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail, Sity Daud (Editor). Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Siti Zanariah Ahmad Ishak & Ahmad Nizar Yaakub (2013) The failure of Barisan Nasional to gain inroads back to Selangor in the 13th GE. Second InternationalConference on Elections and Democracy in Malaysia 2013. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. 6-7 November.

Syed Arabi Idid (2014a) Pengundi dan Isu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 2014. Seminar Pilihan Raya Kecil (PRK) Pasca PRU 2013. Projek Khas Nasional (Media, Demokrasi dan Sistem Elektoral), Majlis Profesor Negara dan Unit Penyelidikan Elektoral, UIAM. Meetings@Bunga Rooms (Kenanga and Melor), Aras 3, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. 13 November.

Syed Husin Ali (2011) Cabaran politik dan pentadbiran di Selangor. Dlm. Tricia Yeoh (pnyt.). Liku-Liku Reformasi: Pakatan Rakyat di Selangor, hlm. 89-101. Terj. Amin Ahmad. Petaling Jaya: Strategic Information and Reseach Development Centre (SIRD).

Tricia Yeoh (2010) The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor. Petaling Jaya: Strategic Information and Reseach Development Centre (SIRD).

Tricia Yeoh (2012) States of Reform: Governing Selangor and Penang. Penang: Penang Institute.

Wong Pui Yi (2014) Pandan, Selangor: new electoral dinamics in urban Malaysia. In Weiss, M.L. Electoral dynamics in Malaysia: finding from the grassroots. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Downloads

Published

31-10-2018

How to Cite

Junaidi Awang Besar. (2018). Pengaruh Identifikasi Parti Dan Politik Pembangunan Dalam Pilihan Raya Kecil (Prk) Parlimen Sungai Besar Dan Kuala Kangsar 2016. Journal of Administrative Science, 15(3). https://doi.org/10.24191/jas.v15i3.2731