Tumbuhan Selasih Dalam al-Quran Dan Hadith: Analisis Terhadap Manfaatnya Berasaskan Kepada Penyelidikan Semasa

Authors

  • Khadher Ahmad Universiti Malaya
  • Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff Universiti Malaya
  • Khalijah Awang Universiti Malaya
  • Rozana Othman Universiti Malaya
  • Monika @ Munirah Abd Razzak Universiti Malaya
  • Nurulwahidah Fauzi Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Asmadi Yakob Universiti Teknologi MARA

DOI:

https://doi.org/10.24191/jcis.v4i1.22

Keywords:

Selasih; Nas; Manfaat; Corak Penyelidikan; Potensi, Selasih, Nas, Manfaat, Corak Penyelidikan, Potensi

Abstract

Selasih (nama saintifik; Ocimum basilicum Linn.) merupakan khazanah alam semulajadi yang istimewa. Penyebutan tentangnya yang dirakamkan dalam al-Quran dan al-Hadith telah menyerlahkan sisi istimewanya. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari akan fakta ini. Malah, selasih dianggap tumbuhan yang kurang berharga kerana tidak bernilai komersial. Populariti selasih yang kurang berbanding delima, anggur dan kurma menjadikannya dipandang sepi. Kedangkalan manusia untuk mengenal, mengkaji dan memahami manfaat selasih menjadikannya tidak dikenali, kurang dikaji, tidak diyakini dan jarang digunakan. Oleh itu, kajian ini akan menonjolkan kelebihan dan manfaat yang boleh didapati daripada selasih. Kajian ini menggunapakai keutamaan perincian saintifik dalam menyenarai secara fakta manfaat-manfaat selasih. Dalil daripada al-Quran dan al-Hadith akan menjadi asas bagi menyatakan signifikan selasih daripada perspektif Islam. Kajian ini turut menggunapakai metodologi bibliometrik terhadap selasih. Ini penting bagi memperoleh data yang berautoriti. Hasilnya, didapati majoriti penyelidikan lepas mengenai selasih didominasi oleh artikel jurnal (65.7%) dan disertasi sarjana (13.1%). Kajian lepas berkenaan selasih kebanyakannya berkisar tentang perincian saintifik yang meliputi bidang Farmakologi, Bio-Teknologi, Food Science, Parasitologi and Pesticide, Sains Botani, Bio-Perubatan, Bio-Kimia dan Mikrobiologi. Hasil analisis kandungan turut menemui bahawa daun, minyak, biji dan keseluruhan bahagian pokok bahkan ekstrak daripada pokok selasih mempunyai pelbagai manfaat dari sudut kesihatan misalnya antioksida, antibakteria, antimikrob dan penghindar makhluk perosak. Melihatkan potensi sedia ada, lanjutan penyelidikan terhadap selasih penting bagi manfaat Malaysia.

 

Basil (scientific name; Ocimum basilicum Linn.) is nature's special treasure. Recognition of basil in the Quran and Hadith has accentuated its special side. However, there is lack of awareness on this fact. Basil is even perceived as valueless due to its lack of commercial value. Its less popularity compared to pomegranate, grape and dates has made it seen deserted. Human ignorance to know, study and understand basil’s benefits had contributed to it being unrecognized, less studied, unconvincing and rerely consumed. Therefore, this study highlights the advantages and benefits of basil based on the scientific facts. Evidences from the Quran and the Hadith were also provided to proove its significance from the Islamic perspective. The study used bibliometric research methodology as it is important to get authoritative data. Findings showed that the majority of past studies on basil were found in journal articles (65.7%) and master dissertations (13.1%). Previous studies on basil mostly revolved around scientific details in areas such as pharmacology, bio-technology, food science, parasitology and pesticide, botanical sciences, bio-medical, bio-chemistry and microbiology. Content analysis of this study found that leaf, oil, seed and the whole parts of basil tree, even extracts from basil tree, have multiple benefits for health such as antioxidant, antibacterial, antimicrobial and pest deterrents. The various potentials of basil could justify the need for further research on the plant to give benefit to Malaysia.

Author Biographies

Khadher Ahmad, Universiti Malaya

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Universiti Malaya

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

Published

01-06-2019

How to Cite

Ahmad, K. ., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. ., Awang, K., Othman, R. ., Abd Razzak, M. @ M. ., Fauzi, N. ., & Yakob, M. A. . (2019). Tumbuhan Selasih Dalam al-Quran Dan Hadith: Analisis Terhadap Manfaatnya Berasaskan Kepada Penyelidikan Semasa. Journal of Contemporary Islamic Studies, 4(1), 106–125. https://doi.org/10.24191/jcis.v4i1.22

Issue

Section

Article with author