FAKTOR AGAMA DALAM PEMILIHAN KAD KREDIT ISLAMIK KALANGAN PEKERJA MUSLIM

Authors

  • Muhamad Zuhaili Saiman
  • Nur Nabila Mohd Noorazam
  • Izzati Farhana Mahadzir Calon Master, Pengajian Islam, Open University Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/c4613d30

Keywords:

Islamik, Kad Kredit, Kewangan, Muslim, Perbankan

Abstract

Malaysia merupakan salah satu negara yang terkenal dengan sektor kewangan dan perbankan Islamnya termasuklah dalam penggunaan kad kredit Islamik yang menjadi alternatif kepada kad kredit konvensional dalam kalangan pengguna muslim di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk analisis faktor agama yang mempengaruhi kepada pemilihan kad kredit Islamik dalam kalangan pekerja muslim di negara ini. Metodologi kajian yang diguna pakai ialah reka bentuk campuran antara kualitatif dan kuantitatif. Reka bentuk kualitatif digunakan pada menganalisis kajian-kajian lepas dalam mendapatkan data mengenai hukum berkaitan kad kredit Islamik. Reka bentuk kuantitatif digunakan pada mendapatkan data menerusi tinjauan dalam talian. Responden yang dipilih merupakan kalangan pekerja muslim di Selangor kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai kadar guna tenaga tertinggi di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan faktor agama mempengaruhi pemilihan kad kredit Islamik kalangan pengguna muslim berasaskan kefahaman mereka terhadap hukum hakam dan pematuhan syariah. Namun begitu, masih ada pengguna muslim tetap memilih kad kredit konvensional kerana kesedaran terhadap kad kredit Islamik dari sudut pematuhan syariah. Selain itu, terdapat pengguna muslim yang terus memilih kad kredit konvensional kerana menganggap sama sahaja antara kad kredit Islamik dan konvensional. Justeru, institusi kewangan Islam perlu meningkatkan usaha penerangan memperkenalkan struktur dan kontrak secara jelas pada kad kredit Islamik bagi menampakkan perbezaan yang ketara dengan kad kredit konvensional.

References

Downloads

Published

2026-04-21