ANALISIS TERHADAP KITAB AL-AHKAM AL-SULTANIYYAH: KE ARAH PEMBINAAN MODEL FIQH PEKERJAAN DI MALAYSIA

Authors

  • Aina Wahana Dahlan Universiti Malaysia Terengganu
  • Abdul Hanis Embong Universiti Malaysia Terengganu
  • Najihah Abdul Mutalib Universiti Malaysia Terengganu
  • Ismar Liza Mahani Ismail Universiti Malaysia Terengganu

Keywords:

employment jurisprudence, politics, law, religion, professional

Abstract

Fiqh Pekerjaan adalah perbahasan tentang hukum-hakam Islam dalam pekerjaan. Setiap Muslim dituntut mencari rezeki bagi memudahkan urusan keperluan harian diri sendiri serta orang-orang dibawah tanggungan. Meskipun ramai yang berpandangan bahawa hanya bidang professional seperti pendidikan, perubatan dan perniagaan sahaja yang boleh meraih keuntungan yang tinggi dan menjadi kegilaan anak muda. Namun di sisi Islam, semua pekerjaan sama ada yang masyhur atau pun pekerjaan yang biasa semuanya akan dikira sebagai jihad. Justeru kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti perbincangan hukum dan skop pekerjaan yang terkandung dalam Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah dan pengaplikasiannya di Malaysia. Penulis Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, Abu al-Hassan Ali bin Muhammad bin Habib Al-Mawardi merupakan tokoh sains politik dan ahli fiqh Islam. Justeru, penelitian awal dalam kajian ini adalah bagi menganalisis elemen-elemen dalam hukum-hakam bekerja yang signifikan dan terdapat juga rumusan bagi beberapa isu ketika bekerja di Malaysia. Seterusnya, kertas kerja ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif manakala data adalah bersumberkan kitab pilihan, buku, tesis, jurnal, artikel dan portal rasmi yang membincangkan tentang fiqh pekerjaan. Kemudian analisis kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa hak-hak pekerja Muslim dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah adalah selari dengan hak dalam pekerjaan yang telah ditetapkan di Malaysia. Bahkan terdapat beberapa kriteria dan nilai pekerja Muslim dalam kitab yang juga bersesuai dengan kriteria profesional pekerja di Malaysia.

Downloads

Published

2024-03-14