ANALISIS EKONOMI PELAJAR: TINJAUAN TERHADAP PERMOHONAN ZAKAT DI UITM NEGERI SEMBILAN
Keywords:
Agihan, Zakat, Keberkesanan, Polisi, KetelusanAbstract
Objektif penulisan kertas ini adalah untuk menganalisis status ekonomi semasa pelajar yang memohon zakat di UiTM Negeri Sembilan dan mengkaji kesan kadar Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan jumlah pendapatan keluarga pelajar terhadap jumlah agihan zakat UiTM yang diperolehi mereka. Data pelajar adalah penerima zakat UiTM Negeri Sembilan bagi tahun 2021 dan 2022. Hasil dapatan kajian dianggarkan dapat mengenalpasti keberkesanan polisi agihan zakat (Arahan Amanah) di UiTM Negeri Sembilan terutama semasa dan selepas covid-19 dan mengkaji ketelusan proses pemilihan dan agihan zakat dengan meneliti kesesuaian kadar bantuan zakat terhadap golongan tersasar di kalangan asnaf zakat. Kajian ini membuktikan keberkesanan polisi agihan zakat UiTM. Namun terdapat golongan tersasar yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dengan menambah baik polisi agihan zakat UiTM.