MODEL WAKAF KORPORAT SAHABAT SEBAGAI RUJUKAN MODEL PEMBANGUNAN UMMAH
Keywords:
Wakaf Korporat, Model Pembangunan Ummah, Wakaf SahabatAbstract
Wakaf merupakan instrumen yang amat penting dalam sosio ekonomi umat Islam bermula di zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini. Para Sahabat baginda yang tergolong di kalangan bangsawan, hartawan, dan dermawan sudi menyumbangkan seluruh harta dan sebahagiannya kepada pembangunan ummah. Justeru itu, ekonomi umat Islam di zaman baginda menjadi kukuh dan kekayaan berlegar kepada segenap lapisan masyarakat. Kertas kerja ini bertajuk “Wakaf korporat sahabat sebagai model pembangunan ummah”. Selain itu, ia juga akan mengenalpasti dan mengkaji sejauh mana peranan para sahabat baginda yang banyak mewakafkan aset-aset mereka yang berbentuk wang, tanah kebun, telaga dan sebagainya. Selanjutnya, kajian juga akan menyelidiki sejauh mana model wakaf sahabat ini berterusan sehingga kepada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Bani Ummayyah, Bani Abbasiah dan sebagainya. Metodologi yang digunakan bersifat kualitatif perpustakaan. Dapatan kajian mendapati bahawa model wakaf korporat ini telah berjaya merentasi zaman dan ia telah digunapakai oleh para khalifah Islam di dalam pemerintahan mereka. Kesimpulannya, model wakaf korporat ini amat penting dalam pembangunan ummah dan ia amat releven untuk dipraktikkan oleh semua umat Islam di seluruh dunia.