PEMBENTUKAN KERANGKA MODEL PENGURUSAN HARTA LUQATAH: SATU ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI ISU-ISU HARTA YANG TIDAK DI TUNTUT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Authors

  • Zanirah Mustafa@Busu Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Nik Muniyati Nik Din Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Nurul Izzah Noor Zainan Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Mohd Khairul Anuar Ismail Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Noor Saliza Zainal Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Che Bakar Che Mat Universiti Teknologi MARA Kelantan
  • Intan Nurul ‘Ain Mohd Firdaus Kozako Universiti Teknologi MARA Kelantan

Keywords:

Luqatah, Muamalat, Pengurusan harta, Perundangan Islam

Abstract

Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut. Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta terutama harta kepunyaan orang Islam dan harta temuan tidak boleh digunakan atau dimusnahkan begitu sahaja tanpa mematuhi kaedah pengurusan luqatah yang sebenar. Kajian ini memfokuskan kepada peranan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengendalikan harta luqatah. Skop kajian ini melibatkan staf dan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK). Antara kekangan yang dihadapi adalah tiada mekanisma tuntutan harta yang sistematik dan selaras. Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah tiada mekanisma bagi kaedah pengurusan dan pelupusan yang jelas. Oleh yang demikian, matlamat kajian ini adalah untuk memantapkan pengurusan harta luqatah, mengenalpasti kaedah bagi menyelesaikan masalah harta luqatah yang tidak dituntut dan cara pemulangan harta luqatah kepada pemilik. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah kajian keperpustakaan, temubual bagi mendapatkan data kajian, serta pemerhatian. Soal selidik juga diedarkan kepada responden bagi mengukur tahap kepuasan warga kampus terhadap proses pengendalian harta luqatah. Kajian ini dapat menghasilkan satu piawaian baru yang lebih sistematik dalam menyelesaikan isu pengendalian harta luqatah, selaras dengan ketetapan hukum syarak di IPT.

Published

2024-10-17