KAJIAN AWAL PENERAPAN KOSEP HALALAN TAYIBBAN DALAM INDUSTRI MAKANAN MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAH
Keywords:
Halalan Tayibban, Persijilan Halal JAKIM, Premis Makanan, Produk Makanan HalalAbstract
Isu kehalalan sesuatu produk adalah salah satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan bagi seluruh umat Islam khususnya dalam industri makanan. Pada zaman kini, terdapat banyak premis makanan yang menggunakan bahan-bahan yang halal tetapi tidak mempunyai sijil halal JAKIM. Selain itu, terdapat premis makanan menggunakan bahan-bahan seperti gelatin, enzim, atau emulsifier, yang mungkin berasal dari sumber yang tidak diketahui dan tanpa kejelasan status halal. Hal ini telah menimbulkan kecurigaan yang seterusnya membawa kepada pertikaian dari pelbagai pihak tentang kehalalan sesuatu produk makanan tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membahas dengan lebih terperinci tentang kehalalan suatu produk makanan di restoran yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan sumber makanan mengikut syariat yang telah ditetapkan berdasarkan perspektif Al-Quran dan hadis, pandangan ulama’, perundangan halal negara dan hukum Islam. Sorotan kajian digunakan bagi mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian mendapati pengguna muslim boleh memilih restoran yang tidak mempunyai sijil halal JAKIM tapi ianya memerlukan perhatian yang teliti untuk memastikan makanan yang dimasak memenuhi piawaian tayyiban dan halal.