HUKUM PERDAGANGAN BITCOIN BERDASARKAN KAEDAH FOREX MENGIKUT SYARIAH ISLAM
Keywords:
Forex trading, Bitcoin, Riba, Hukum, FatwaAbstract
Forex Trading merupakan satu aktiviti perniagaan dari segi tukar beli matawang. Terdapat ramai individu yang menggunakan kaedah Forex Trading ini untuk berdagang mata wang dan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Bitcoin pula merujuk kepada alat pengukuran nilai yang digunakan dalam kaedah Forex Trading. Secara umumnya, artikel ini akan memfokuskan perbincangan tentang maksud Forex Trading, konsep mata wang kripto iaitu Bitcoin dan konsep riba. Selain itu, artikel ini telah mengkaji metodologi yang digunakan oleh penulis iaitu secara penyelidikan kualitatif. Penulis akan memastikan semua sumber-sumber yang digunakan adalah relevan dan berkaitan dengan penyelidikan supaya mudah dan sesuai untuk dijadikan rujukan. Di samping itu, terdapat perselisihan pendapat tentang hukum perdagangan Bitcoin berdasarkan kaedah Forex Trading mengikut syariah Islam. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hukum-hukum penggunaan Bitcoin dan menerangkan beberapa pandangan ulama terhadap isu yang boleh dibangkitkan terhadap mata wang Bitcoin. Hasil perbincangan daripada artikel ini, jelaslah tentang hujah-hujah berkaitan hukum penggunaan Bitcoin sebagai alat pengukuran nilai dan terdapat beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan penggunaan Bitcoin melalui kaedah Forex Trading.