UNSUR GHARAR DALAM E- WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAH
Keywords:
Gharar, E-wallet, Transaksi, Patuh Syariah, e-DagangAbstract
Dompet elektronik semakin popular di Malaysia kerana kemudahan dan keselamatannya, namun kebimbangan timbul mengenai ketidakjelasan transaksi yang melibatkan dana, ganjaran, dan caj tersembunyi. Berdasarkan prinsip syariah, gharar dilarang kerana boleh menimbulkan ketidakadilan dan kerugian. Kajian in bertujuan untuk menganalisis unsur ketidakpastian (gharar) dalam penggunaan dompet elektronik (e-wallet) berdasarkan perspektif syariah. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis kandungan Al-Quran, Hadis, dan pendapat ulama, serta penulisan jurnal ilmiah berkaitan isu ini. Fokus kajian ini adalah untuk menunjukkan unsur gharar wujud dalam transaksi e-wallet melalui ketidakpastian baki, tawaran ganjaran seperti cashback yang bersyarat, serta isu teknikal dalam penyerahan dana. Selain itu, penggunaan e-wallet juga terdedah kepada unsur ketidakpastian dalam sifat barangan serta insentif ganjaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen gharar yang tidak diurus dengan baik boleh merosakkan akad dan menjejaskan keyakinan pengguna. Oleh itu, penyedia e-wallet perlu memastikan setiap maklumat jelas dan mematuhi prinsip syariah bagi mengekalkan kepercayaan pengguna Muslim.