MEDIA SOSIAL DAN ISU 3R: PLATFORM PERBINCANGAN ATAU PEMANGKIN KETEGANGAN?
Keywords:
Kebebasan Bersuara, 3R, Media Sosial, Isu Sensitif, Kestabilan SosialAbstract
Kebebasan bersuara merupakan elemen penting dalam demokrasi, namun di Malaysia, ia sering dihadkan oleh sensitiviti terhadap isu-isu 3R (Race, Religion, and Royalty). Media sosial telah menjadi platform utama untuk rakyat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu-isu ini secara terbuka, sekaligus mencabar kawalan tradisional media arus perdana. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan media sosial dalam memperjuangkan kebebasan bersuara di Malaysia dengan fokus kepada isu-isu 3R. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memahami bagaimana media sosial menyediakan ruang bagi diskusi terbuka dan bagaimana platform ini mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap isu-isu sensitif tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun media sosial memperluas ruang kebebasan bersuara, ia turut membawa cabaran seperti penyebaran maklumat yang tidak tepat dan ucapan kebencian yang boleh mengancam kestabilan sosial. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pendekatan yang lebih berhati-hati diambil oleh pihak berkuasa dalam mengurus kebebasan bersuara di media sosial, bagi memastikan keseimbangan antara hak bersuara dan keharmonian masyarakat.