GHARAR DALAM TRANSAKSI E-DAGANG: IMPLIKASI TERHADAP PENGGUNA DAN PENIAGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Keywords:
Gharar, E-Dagang, Prinsip Syariah, KetelusanAbstract
Kajian ini membincangkan konsep gharar dalam transaksi e-dagang serta implikasinya terhadap pengguna dan peniaga menurut perspektif Islam. Gharar merujuk kepada ketidakpastian dalam kontrak yang boleh membawa kepada ketidakadilan dan eksploitasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan dan analisis dokumen bagi meneliti bentuk gharar dalam transaksi digital serta kesannya terhadap pengguna dan para peniaga. Kajian ini mendapati bahawa transaksi e-dagang sering dikaitkan dengan unsur gharar yang menimbulkan ketidakpastian dan ketidakadilan. Bentuk gharar yang dikenal pasti termasuk ketidaktelusan maklumat produk, ketidakpastian penghantaran, polisi pemulangan yang tidak jelas, dan ketidakseimbangan maklumat antara peniaga dan pengguna. Unsur ini boleh menyebabkan risiko penipuan, kehilangan kepercayaan pengguna, serta menjejaskan reputasi peniaga. Oleh itu, pematuhan kepada prinsip ketelusan dan keadilan adalah penting bagi memastikan ekosistem e-dagang yang lebih beretika dan patuh Syariah dengan pelaksanaan peraturan yang lebih ketat, peningkatan kesedaran pengguna, serta pemantauan oleh pihak berkuasa. Ini penting bagi memastikan ekosistem e-dagang yang lebih beretika, selamat, dan patuh Syariah.