CABARAN PENERAPAN ELEMEN TAZKIYAH AL-NAFS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TMUA: PERSPEKTIF GURU
DOI:
https://doi.org/10.24191/heqdzn22Keywords:
Cabaran, Tazkiyah al-Nafs, PdP Guru, Pelajar Tahfiz, SBP TMUAAbstract
Pelaksanaan elemen Tazkiyah al-Nafs dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar tahfiz adalah penting untuk membentuk personaliti pelajar yang seimbang dari aspek rohani, emosi dan intelektual. Walau bagaimanapun, pengintegrasiannya ke dalam PdP harian menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya dalam konteks Sekolah Berasrama Penuh Tahfiz Model Ulul Albab (SBP TMUA) yang menuntut kecemerlangan akademik dan hafalan al-Quran secara serentak. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran guru dalam menerapkan elemen Tazkiyah al-Nafs melalui pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Temu bual separa berstruktur yang melibatkan enam orang guru SBP dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran utama termasuk kekangan masa, tekanan terhadap pencapaian akademik dan hafalan, pemahaman guru tentang aplikasi praktikal Tazkiyah al-Nafs serta kepelbagaian latar belakang pelajar. Kajian ini mempunyai implikasi penting terhadap pembangunan profesional guru dan peningkatan strategi PdP tahfiz secara holistik.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 IZZAH NUR AIDA ZUR RAFFAR, nang naemah nik dahalan, Nurul Huda Abdul Rahim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








