TINJAUAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP TAWARAN DAN PENERIMAAN SERTA ĪJĀB DAN QABŪL DALAM PEMBENTUKAN KONTRAK

Authors

  • Farihana Abdul Razak Dr.
  • ‘Adnin Ibrahim
  • Nurhidha Irawaty Kasmaruddin

DOI:

https://doi.org/10.24191/75s8n707

Keywords:

Pembentukan Kontrak, Tawaran Penerimaan, Ījāb dan qabūl

Abstract

Pemahaman terhadap pembentukan kontrak merupakan asas penting bagi memastikan pihak yang berjanji memasuki kontrak secara sah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Dalam konteks pendidikan perakaunan, konsep ini diperkenalkan melalui subjek Pengenalan kepada Undang-Undang Komersial (LAW240) dan Asas Perakaunan Islam (CTU231), yang menekankan elemen utama seperti tawaran, penerimaan, ijab, dan qabul. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep tersebut, dengan memberi tumpuan kepada keupayaan mereka mengenal pasti persamaan dan perbezaan asas antara elemen pembentukan kontrak dalam undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran, iaitu analisis kualitatif melalui sorotan literatur bagi menghuraikan teori dan prinsip asas pembentukan kontrak, serta pendekatan kuantitatif melalui soal selidik atas talian (Google Form) bagi mendapatkan gambaran empirikal tentang tahap kefahaman pelajar. Seramai 153 orang responden daripada Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Tapah telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian merangkumi maklumat demografi dan soalan berbentuk tertutup (closed-ended) bagi menilai kefahaman pelajar terhadap konsep tawaran dan penerimaan dalam undang-undang sivil serta ijab dan qabul dalam undang-undang Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan pemahaman awal yang kukuh terhadap elemen asas pembentukan kontrak, di samping berupaya mengenal pasti serta menggunakan terminologi yang berkaitan dengan betul. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan memahami asas pembentukan kontrak serta menyokong pembangunan strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi kursus berkaitan undang-undang kontrak dalam bidang perakaunan.

References

Downloads

Published

2026-04-01