IMPAK PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGAJARAN HIFZ AL-QURAN MAAHAD TAHFIZ DI MALAYSIA: SUATU SOROTAN AWAL

Authors

  • MOHAMMAD FAHMI ABD HAMID MARA University of Technology image/svg+xml
  • Mohd Jamalil Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Harun Baharudin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Shahlan Surat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ytbnxm75

Keywords:

Pementoran hifz al-Quran, Talaqqi dan Musyafahah, Pendidikan Tahfiz, Pembelajaran Digital, Pembangunan Pelajar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti impak pelaksanaan pementoran dalam pengajaran hifz al-Quran di maahad tahfiz di Malaysia terhadap pembangunan pelajar dan cabaran yang dihadapi dalam konteks pendidikan era digital. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen dan kandungan ke atas pelbagai sumber ilmiah yang berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa pementoran memberi impak positif dalam tujuh aspek utama, iaitu peningkatan motivasi dan keyakinan diri, penguasaan hafazan dan prestasi akademik, pembentukan sahsiah dan akhlak, pengurangan tekanan pembelajaran, pembangunan kemahiran sosial dan kepimpinan, pelaksanaan penilaian kendiri, serta pembelajaran kolaboratif dalam kalangan pelajar tahfiz. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pementoran turut berdepan cabaran besar seperti kekurangan kemahiran teknologi dalam kalangan guru, jurang akses digital, kesukaran pemantauan hafazan secara dalam talian, gangguan persekitaran pembelajaran di rumah, ketiadaan modul digital yang sesuai, keterbatasan interaksi fizikal mentor-mentee, serta kesukaran menyelaraskan penggunaan teknologi dengan nilai agama. Kajian ini mencadangkan agar pembangunan modul digital khusus untuk pendidikan tahfiz digerakkan, guru diberikan latihan teknologi yang bersesuaian, dan peranan keluarga diperkukuh bagi menyokong ekosistem pementoran yang efektif. Implikasinya, strategi pementoran yang holistik dan adaptif dapat memperkasa keberkesanan pengajaran hifz al-Quran secara menyeluruh dan mampan

References

Downloads

Published

2026-04-01