ISLAMIC MICROFINANCE SEBAGAI INSTRUMEN PEMBASMIAN KEMISKINAN: ANALISIS KONSEPTUAL BERASASKAN PRINSIP SYARIAH
ISLAMIC MICROFINANCE SEBAGAI INSTRUMEN PEMBASMIAN KEMISKINAN: ANALISIS KONSEPTUAL BERASASKAN PRINSIP SYARIAH
DOI:
https://doi.org/10.24191/55xjvy80Keywords:
Islamic microfinance, Pembasmian kemiskinan, Maqāṣid al-Syariah, Pemerkasaan ekonomi, Pembangunan sosioekonomiAbstract
Islamic microfinance atau kewangan mikro Islam merujuk kepada pendekatan kewangan yang berasaskan prinsip Syariah, bertujuan menyediakan akses kepada pembiayaan, simpanan, dan perlindungan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah serta komuniti terpinggir tanpa melibatkan unsur riba, gharar, dan maysir. Dalam konteks negara majoriti Muslim, Islamic microfinance semakin mendapat perhatian sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang signifikan kerana keupayaannya menangani isu kemiskinan secara lebih menyeluruh dan beretika berbanding pendekatan kewangan konvensional. Pendekatan ini bukan sahaja berfungsi sebagai mekanisme ekonomi, malah mengintegrasikan nilai sosial dan moral Islam yang menekankan keadilan, kebajikan, dan tanggungjawab kolektif terhadap kesejahteraan ummah. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pelaksanaan Islamic microfinance berpotensi meningkatkan pendapatan isi rumah golongan miskin, memperkukuh pemerkasaan ekonomi melalui aktiviti keusahawanan mikro, mengurangkan kebergantungan kepada sumber kewangan tidak formal, serta menyumbang kepada pengurangan jurang ketidaksamaan sosioekonomi. Selain itu, integrasi instrumen kewangan sosial Islam seperti zakat dan wakaf dalam kerangka Islamic microfinance turut memperkukuh impaknya sebagai alat pembasmian kemiskinan yang mampan dan inklusif. Keberkesanan pendekatan ini sejajar dengan objektif maqāṣid al-Syariah, khususnya dalam aspek pemeliharaan harta (ḥifẓ al-māl) dan kesejahteraan manusia (ḥifẓ al-nafs), yang menekankan keadilan sosial dan keseimbangan ekonomi. Penulisan ini bertujuan membahaskan secara konseptual peranan Islamic microfinance sebagai instrumen pembasmian kemiskinan, dengan meneliti konsep, ciri utama, asas Syariah, dan mekanisme pelaksanaannya di negara-negara majoriti Muslim. Diharapkan perbincangan ini dapat menyumbang kepada pemahaman lebih mendalam mengenai peranan Islamic microfinance dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Islam yang berteraskan keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat secara mampan.
Kata kunci: Islamic microfinance, pembasmian kemiskinan, maqāṣid al-Syariah, pemerkasaan ekonom, pembangunan sosioekonomi
References
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 AEMY AZIZ, Hadenan Towpek

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








