PEMBINAAN MODEL KEUTAMAAN ILMU DALAM KEPIMPINAN ISLAM (MKIKI) BERASASKAN FIQH AL-AWLAWIYYAT AL- QARAḌĀWĪ

Authors

  • Mohd Zaid Mustafar University Teknologi MARA, Malacca Branch
  • Abdul Halim Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Shah Alam
  • S. Salahudin Suyurno Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Shah Alam

DOI:

https://doi.org/10.24191/wgnfab17

Keywords:

Ijtihad, Maqasid Syariah, Model Konseptual, Keutamaan Ilmu, Fiqh al-Awlawiyyat, Kepimpinan Islam

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan Model Keutamaan Ilmu dalam Kepimpinan Islam (MKIKI) berasaskan kerangka Fiqh al-Awlawiyyat yang dipelopori oleh Yusuf al-Qaraḍāwī bagi menangani keperluan penentuan keutamaan secara sistematik dalam kepimpinan Islam kontemporari. Kepimpinan yang berkesan memerlukan keupayaan menentukan keutamaan tindakan secara tepat dalam situasi yang kompleks dan dinamik, namun pendekatan sedia ada didapati masih kurang mengintegrasikan keutamaan ilmu, maqasid syariah, ijtihad dan maslahah dalam proses membuat keputusan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap sumber turath dan karya kontemporari bagi membina satu kerangka konseptual yang komprehensif. Dapatan kajian menghasilkan MKIKI sebagai satu model yang terdiri daripada lima dimensi utama, iaitu epistemologi (keutamaan ilmu), maqasid (tujuan syariah), ijtihad (keanjalan penentuan hukum), maslahah (pertimbangan kepentingan umum) dan strategik (pelaksanaan berimpak). Dimensi epistemologi meletakkan ilmu sebagai asas legitimasi dan ketepatan kepimpinan, manakala dimensi maqasid memberikan arah berdasarkan tujuan syariah. Dimensi ijtihad memastikan keupayaan menyesuaikan hukum dengan realiti semasa, dimensi maslahah membimbing pemilihan keputusan yang memaksimumkan manfaat dan meminimumkan mudarat, dan dimensi strategik menekankan perancangan serta pelaksanaan yang berkesan. Integrasi kelima-lima dimensi ini menghasilkan satu kerangka kepimpinan yang holistik, dinamik dan responsif terhadap perubahan semasa. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan teori kepimpinan Islam dengan memperkenalkan MKIKI sebagai model berstruktur berasaskan Fiqh al-Awlawiyyat, serta mempunyai implikasi praktikal dalam bidang pentadbiran, pengurusan organisasi, dasar awam dan pembangunan kepimpinan, di samping mencadangkan kajian lanjutan berbentuk empirikal bagi menguji keberkesanannya dalam konteks sebenar.

 

References

Downloads

Published

2026-04-01

How to Cite

Mustafar, M. Z., Ismail, A. H., & Suyurno, S. S. (2026). PEMBINAAN MODEL KEUTAMAAN ILMU DALAM KEPIMPINAN ISLAM (MKIKI) BERASASKAN FIQH AL-AWLAWIYYAT AL- QARAḌĀWĪ. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 149-168. https://doi.org/10.24191/wgnfab17