PENGAMALAN WARGA POLITEKNIK MELAKA (PMK) TERHADAP KEPENGGUNAAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PdP)

Authors

  • Norhana Ahad Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Melaka
  • Tuan Mohd Azhar Tuan Ngah Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.6035

Abstract

Kecerdasan Buatan (AI) telah menjadi salah satu teknologi terkehadapan yang berjaya membawa perubahan besar pada segenap sektor termasuk pendidikan. Dalam konteks pendidikan, AI menawarkan berbagai potensi untuk meningkatkan proses pembelajaran, memperkaya pengalaman belajar, serta mempersonalisasi pendidikan untuk setiap individu. Kajian ini bertujuan meneliti pengamalan Politeknik Melaka (PMK) terhadap kepenggunaan aplikasi AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Mengetengahkan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada warga PMK meliputi pensyarah dan pelajar dengan jumlah seramai 215 orang responden. Seterusnya data dianalisis menggunakan perisian SPSS dalam mengenalpasti tahap pengetahuan serta kekerapan penggunaan AI dalam PdP, dan seterusnya menilai aspek persepsi kebergunaan AI ini dalam persekitaran akademik mereka. Dapatan memperlihatkan aspek pengetahuan serta kekerapan penggunaan AI berada dalam lingkaran yang positif dengan jumlah 86%. Manakala bagi kebergunaan AI berada dengan nilaian skor min 3.52 (sederhana tinggi). Ini memperlihatkan positiviti warga PMK pada tahap sederhana dalam mengaplikasikan teknologi AI ini dalam proses pelaksanaan PdP mereka di institusi. Walaupun dapatan menunjukkan trend positif, kajian ini berfungsi sebagai penanda aras awal yang memerlukan kajian lanjutan untuk mendapatkan pengaplikasian yang lebih terperinci dan boleh digeneralisasikan pada populasi yang lebih luas.

Downloads

Published

2024-10-21