SAYYIDATINA SITI KHADIJAH R.A INSPIRASI WANITA KELANTAN: MENYINGKAP CIRI-CIRI KEPERIBADIAN USAHAWAN WANITA KELANTAN YANG BERJAYA
Keywords:
Usahawan wanita, Kelantan, Sayyidatina Khadijah R.A, Ciri-ciri keperibadianAbstract
Usahawan wanita Kelantan sinonim dengan alam perniagaan dan seringkali mempamerkan kejayaan yang memberangsangkan hasil daripada perlaksanaan aktiviti keusahawanan. Aktiviti perniagaan wanita Kelantan dilihat mempunyai keunikan tersendiri yang jarang dimiliki oleh peniaga wanita di kebanyakan negeri lain. Menariknya, ciri-ciri usahawan wanita Kelantan dilihat amat mirip dengan beberapa ciri-ciri keperibadian dan berteraskan keusahawanan Sayyidatina Khadijah R.A yang jarang diketengahkan dalam kajian lepas. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif, yang melibatkan temubual dengan 61 orang wanita Kelantan yang terpilih. Dapat kajian telah mendapati beberapa ciri keperibadian yang memainkan peranan penting dalam kejayaan usahawan wanita Kelantan. Ciri-ciri keperibadian yang dikenal pasti berhubung kait dengan kejayaan seseorang usahawan wanita Kelantan, antaranya adalah iaitu minat yang mendalam dalam perniagaan, kreatif dan inovatif, berakhlak, menekankan amalan ibadah serta keyakinan dan keimanan kepada Allah.
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.