FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN WANITA KELANTAN: ANALISIS TEMATIK BERDASARKAN KEJAYAAN PERNIAGAAN SAYYIDATINA KHADIJAH R.A.

Authors

  • Nor Sabrina Zahari Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan
  • Azyanee Luqman Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan
  • Suraya Husin Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan
  • Nor Zuriati Amani Ab Rani Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan
  • Wan Marhaini Wan Omar Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.6041

Keywords:

Sayyidatina Khadijah R.A, Usahawan wanita Kelantan, Kerjaya, Pengurusan keluarga, Keterlibatan dalam masyarakat

Abstract

Usahawan wanita memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita masih terhad, terutama di Kelantan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita di Kelantan, iaitu dengan memfokuskan tiga elemen utama iaitu kerjaya, pengurusan keluarga, dan keterlibatan dalam masyarakat. Metodologi kajian melibatkan pengumpulan data melalui kaedah temubual 61 orang usahawan wanita di Kelantan. Pemilihan usahawan wanita ini berdasarkan ciri-ciri wanita Kelantan yang mempunyai keunikan tersendiri dalam bidang usahawan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti kerjaya, pengurusan keluarga, dan keterlibatan dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam kejayaan usahawan wanita di Kelantan. Dapatan kajian ini memberikan panduan penting kepada pihak berkepentingan dalam membangunkan inisiatif , pembentukan polisi dan sokongan yang lebih baik untuk memperkukuhkan kejayaan usahawan wanita di Kelantan.

Downloads

Published

2024-10-21