PERANAN SUBJEK FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM PEMBENTUKAN INSAN BERSEPADU DAN SEJAHTERA BAGI MENDEPANI CABARAN SEMASA

Authors

  • Aishah Azlan
  • Asmaa’ Mohd. Arshad
  • Sumaiyah Bahri
  • Mohd Norazri Mohamad Zaini

Keywords:

Falsafah dan Isu Semasa, Matapelajaran Umum (MPU), Dekolonisasi, Pandangan Alam

Abstract

Mutakhir ini, pelbagai kursus matapelajaran umum universiti (MPU) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk penambahbaikan graduan universiti. Malangnya matapelajaran ini dianggap sebagai suatu beban tambahan yang tidak memberikan sebarang sumbangan terhadap kebolehpasaran kerja mahasiswa. Demi mendepani cabaran global yang semakin meruncing, mahasiswa bukan sahaja perlu dibekalkan dengan kemahiran teknikal, tetapi juga ilmu-ilmu teras yang mengukuhkan jatidiri, pandangan alam, nilai akhlak dan etika dalam mencapai sasaran kesejahteraan diri dan negara. Falsafah dan Isu Semasa merupakan matapelajaran umum yang mementingkan komponen falsafah, sejarah, nilai etika dan peradaban demi melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berdaya tahan. Salah satu komponen yang diberikan perhatian khusus dalam kursus falsafah adalah aspek penjajahan dan penyahjajahan dalam konteks Malaysia. Kajian ini menggunakan metod penyelidikan perpustakaan yang dijalankan dengan mengumpulkan data daripada literatur-literatur yang berkaitan, dan seterusnya dianalisis untuk menghasilkan kesimpulan menyeluruh terhadap isu yang dibincangkan. Artikel ini akan menghuraikan kepentingan aspek ‘Dekolonisasi’ atau penyahjajahan tersebut dan hubungkaitnya dalam usaha membina insan bersepadu sebagai nukleus bagi sebuah masyarakat sejahtera. Ia juga mengenalpasti elemen pandangan semesta dan epistemologi sebagai elemen yang terkesan akibat penjajahan. Maka subjek teras MPU ini hakikatnya adalah komponen yang menekankan aspek kearifan tempatan, pembangunan jiwa rohani, aqal budi dan jatidiri anak bangsa yang merdeka; sebagai misi yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Downloads

Published

2025-04-24