KEPENTINGAN TEORI KITARAN MALEK BENNABI KEPADA TAMADUN HARI INI

Authors

  • Abdul Qayuum Abdul Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Adlina Ab Halim Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
  • Zaid Ahmad Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
  • Normala Othman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v5i2.6067

Keywords:

Malek Bennabi, Teori kitaran tamadun

Abstract

Artikel ini membincangkan konsep dan kepentingan teori kitaran Malek Bennabi terhadap tamadun masa kini. Selain itu, artikel turut mengetengahkan latar belakang kehidupan Malek Bennabi secara ringkas. Artikel ini juga membincangkan idea dan karya Malek Bennabi yang berkaitan dengan isu ketamadunan. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen dan analisis sejarah terhadap buku Malek Bennabi dan lain-lain dokumen yang berkaitan isu kajian. Kesimpulan menjelaskan bahawa konsep kitaran tiga fasa Malek Bennabi mempunyai kepentingan dan berkaitan dengan situasi tamadun semasa hari ini.

Downloads

Published

2022-10-20