KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA

Authors

  • Mohamad Fadhilah Al Hakkam Othman Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mat Noor Mat Zin Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurul Ilyana Muhd Adnan Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v5i1.6069

Keywords:

Kritikan, Garis Panduan, Tadbir Urus, Syariah dan Koperasi

Abstract

Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28) bagi mengukuhkan prinsip Syariah dalam sektor koperasi. Namun, timbul persoalan bagaimanakah tadbir urus Syariah dilaksana? Objektif kajian ini adalah mengkaji kekurangan serta kelemahan dalam garis panduan tadbir urus Syariah (GP28) yang dikeluarkan oleh pihak SKM, menganalisis pengawalseliaan perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi serta mencadangkan kaedah penguatkuasaan terhadap perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi agar dapat ditingkatkan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis dokumen dan analisis kandungan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa perlaksanaan GP28 memerlukan kepada beberapa penambahbaikan kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk memastikan tadbir urus Syariah koperasi menjadi lebih baik. Kajian juga mendapati pengawalseliaan tadbir urus Syariah di peringkat koperasi dilihat kurang berkesan atas faktor tertentu. Selain itu, tidak wujud undang-undang penguatkuasaan tadbir urus Syariah dalam koperasi Islam. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada pengendali dan juga staf koperasi bagi memastikan perlaksanaan tadbir urus Syariah lebih berjaya di peringkat koperasi pada masa akan datang.

Downloads

Published

2022-04-29