CABARAN KESEJAHTERAAN MENTAL REMAJA DI INSTITUSI PENDIDIKAN: KAJIAN KES TEKANAN DAN TINGKAH LAKU BUNUH DIRI
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.6929Keywords:
Kesejahteraan Mental, Tekanan Akademik, Bunuh Diri, Remaja, Institusi PendidikanAbstract
Kesejahteraan mental remaja di institusi pendidikan kini menjadi isu kritikal yang memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak. Kebimbangan meningkat apabila laporan media dan statistik menunjukkan peningkatan kes tekanan emosi serta kecenderungan kepada tingkah laku bunuh diri dalam kalangan pelajar. Artikel ini membincangkan cabaran utama yang mengganggu kesejahteraan mental remaja, termasuk tekanan akademik, konflik keluarga, pengaruh rakan sebaya, serta keterdedahan kepada kandungan negatif dalam media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis literatur yang merangkumi kajian tempatan dan antarabangsa berkaitan kesihatan mental pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa tekanan akademik dan kekurangan sokongan emosi merupakan antara pemicu utama kepada gangguan psikologi dalam kalangan pelajar. Selain itu, stigma terhadap isu kesihatan mental dan kurangnya kesedaran terhadap saluran bantuan juga menambah beban emosi kepada remaja. Artikel ini mencadangkan kepentingan sokongan bersepadu antara pihak sekolah, keluarga dan komuniti dalam mewujudkan ekosistem pendidikan yang selamat dan menyokong kesejahteraan mental pelajar. Penulisan ini diharap dapat membuka ruang kepada dasar pendidikan dan intervensi psikososial yang lebih sistematik dan berkesan.
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.