MEKANISME MALAYSIA MADANI TERHADAP PEMERKASAAN NILAI ALAM SEKITAR
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.7040Keywords:
Malaysia Madani, Nilai, Alam SekitarAbstract
Malaysia kini berdepan dengan cabaran alam sekitar yang semakin membimbangkan akibat pembangunan yang pesat, eksploitasi sumber alam secara berlebihan dan tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap kelestarian alam. Seiring dengan hasrat untuk mencapai pembangunan mampan, konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim, tampil sebagai satu kerangka nilai baharu yang memperkenalkan enam prinsip utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan isu alam sekitar menjadi keutamaan di Malaysia semenjak abad ke-21. Selain itu, kajian ini menilai misi Malaysia Madani menangani isu alam sekitar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian analisis kandungan dengan meneliti sumber dari pelbagai jurnal, buku dan laman sesawang rasmi kerajaan. Hasil kajian didapati bahawa prinsip-prinsip Malaysia Madani dapat diaplikasikan terhadap pemerkasaan nilai alam sekitar dan berkesan dalam menangani isu alam sekitar.
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.