KEPIMPINAN KELUARGA MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW: ANALISIS KONTEKSTUAL TERHADAP MODEL KELUARGA BAHAGIA ISLAM
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7196Keywords:
Kepimpinan Rasulullah SAW, keluarga Islam, komunikasi, kasih sayang, model keluarga BahagiaAbstract
Artikel ini membincangkan kepimpinan Rasulullah SAW dalam institusi keluarga berdasarkan sirah dan hadis sahih. Rasulullah SAW bukan sahaja seorang pemimpin negara, tetapi juga contoh teladan utama sebagai suami dan ayah dalam rumah tangga. Kajian ini bertujuan meneliti pendekatan baginda dalam membimbing isteri dan anak-anak dengan adil, penuh kasih sayang, serta komunikasi yang mesra. Pendekatan ini turut merangkumi pengurusan konflik, pembahagian tugas rumah tangga dan pendidikan akhlak anak-anak. Melalui pendekatan kualitatif berdasarkan kajian dokumentasi, artikel ini menganalisis elemen kepimpinan Rasulullah SAW yang wajar dicontohi dalam konteks keluarga Muslim moden. Hasil dapatan menunjukkan bahawa prinsip keadilan, empati, komunikasi berhemah serta keteladanan peribadi adalah antara teras utama model keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. Kajian ini diharap menjadi panduan praktikal kepada ibu bapa Muslim dalam membina keluarga harmoni yang diredhai Allah SWT.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








