PERANAN SIKAP INTEGRITI DALAM MEMBASMI RASUAH DAN SALAH LAKU: KAJIAN KONTEKSTUAL TERHADAP INDIVIDU, ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Authors

  • Noor Syahiran Mohd Kamsan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Arash Safura Mas Kandar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nureen Nabihah Norhaya’lan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Mimi Nur Syaqirah Nor Hisham Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Intan Liyana Mohd Rashid Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Sarah Zulaikha Ismail Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7200

Keywords:

Integriti, Rasuah, Nilai Islam, Etika, Masyarakat

Abstract

Artikel ini membincangkan peranan integriti sebagai asas penting dalam membasmi gejala rasuah dan salah laku dalam masyarakat moden. Penekanan diberikan terhadap aspek individu, organisasi dan masyarakat dalam memahami punca, kesan dan strategi pembanterasan rasuah berdasarkan perspektif nilai Islam dan etika profesional. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara kualitatif terhadap sumber-sumber sekunder termasuk laporan rasmi, artikel jurnal dan dokumen berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekuatan integriti individu, dasar organisasi yang telus serta penglibatan masyarakat secara kolektif dapat membentuk ekosistem yang menolak rasuah. Nilai-nilai seperti amanah, akauntabiliti, dan keadilan menjadi asas dalam membangunkan budaya anti-rasuah. Artikel ini turut mencadangkan agar pendidikan nilai diterapkan sejak awal melalui institusi kekeluargaan, sistem pendidikan dan peranan media massa dalam menyampaikan mesej antirasuah yang berkesan.

References

Downloads

Published

2023-10-20