PENGURUSAN AUDIT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM DAN KONVENSIONAL: PERBANDINGAN DAN IMPLIKASI
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7201Keywords:
Audit Syariah, Kewangan Islam, Sistem Konvensional, Perbandingan, Etika KewanganAbstract
Audit merupakan instrumen penting dalam memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban kewangan dalam sesebuah organisasi. Artikel ini membandingkan antara pengurusan audit dalam sistem kewangan Islam dan konvensional dengan memberi fokus kepada maksud, jenis, ciri juruaudit, proses, cabaran dan kepentingannya. Melalui pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan, kajian ini menganalisis perbezaan ketara antara dua sistem berdasarkan prinsip syariah dan perundangan konvensional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa audit syariah bukan sahaja menilai kepatuhan teknikal, malah juga menekankan prinsip etika dan pematuhan hukum Islam, manakala audit konvensional lebih tertumpu pada aspek teknikal dan undang-undang sekular. Artikel ini menggariskan bahawa keberkesanan audit Islam perlu digabungkan dengan prinsip integriti, akauntabiliti dan nilai spiritual untuk menjamin kepercayaan masyarakat terhadap institusi kewangan.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








