MEMPERKASA PENDIDIKAN AKHLAK DI SEKOLAH: SATU TINJAUAN KONTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN NASIONAL
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7202Keywords:
Pendidikan Akhlak, Sistem Pendidikan Malaysia, Sahsiah Pelajar, Nilai Murni, Falsafah Pendidikan IslamAbstract
Artikel ini membincangkan pelaksanaan pendidikan akhlak dalam sistem pendidikan di Malaysia dengan meneliti konsep, peranan, dasar, cabaran dan strategi penambahbaikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan terhadap pelbagai sumber ilmiah termasuk jurnal, dasar pendidikan, dan karya ulama. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun pendidikan akhlak telah diterapkan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah, pelaksanaannya masih berhadapan dengan cabaran seperti pengaruh rakan sebaya, latar belakang keluarga, kekurangan guru terlatih serta pengaruh media digital. Artikel ini turut mencadangkan pendekatan holistik merangkumi kerjasama antara guru, ibu bapa dan masyarakat; penggunaan teknologi secara bijaksana; serta penilaian sahsiah pelajar secara sistematik. Pendidikan akhlak perlu diberi perhatian menyeluruh agar dapat melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Islam.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








