PERANAN INTEGRITI DALAM MEMBINA MASYARAKAT BERETIKA: ANALISIS TERHADAP PERSEPSI DAN AMALAN MENURUT ISLAM

Authors

  • Nur Alia Shafiqa Mahsan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Airani Nafeesa Faizul Hafiz Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nasrin Haziera Abdul Ghapor Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Fatiha A Raziman Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Umi Nur A'in Affandi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7203

Keywords:

Integriti, Rasuah, Etika, Masyarakat, Pendidikan

Abstract

 Artikel ini membincangkan peranan penting sikap integriti dalam usaha membanteras rasuah dan salah laku dalam organisasi dan masyarakat. Integriti yang merangkumi nilai kejujuran, amanah, ketelusan dan tanggungjawab menjadi benteng utama dalam menolak gejala rasuah. Kajian ini meneliti hubungan tahap integriti individu dengan kecenderungan melakukan rasuah, persepsi masyarakat terhadap keberkesanan integriti, faktor-faktor yang mempengaruhi integriti, serta kesedaran masyarakat terhadap nilai ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap pelbagai kajian terdahulu, artikel ilmiah, dan sumber rasmi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integriti perlu dipupuk dari peringkat individu, disokong oleh sistem organisasi yang telus, dan diperkuat melalui pendidikan serta peranan media yang beretika. Keberkesanan pembanterasan rasuah memerlukan sinergi semua pihak agar budaya integriti dapat disuburkan dalam masyarakat Malaysia.

References

Downloads

Published

2023-10-20