PENGARUH BUDAYA POPULAR DALAM MEDIA: PENGGUNAAN UNSUR BUDAYA POPULAR DALAM KOMUNIKASI DAKWAH
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7204Keywords:
Komunikasi Dakwah, Budaya Popular, Media Sosial, Generasi Muda, Dakwah KontemporariAbstract
Perkembangan pesat teknologi digital dan media sosial telah mengubah cara penyampaian dakwah Islam, khususnya dalam kalangan generasi muda. Platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube menjadi saluran utama dalam mendapatkan maklumat keagamaan yang bersifat visual, santai dan mudah difahami. Kajian ini meneroka bagaimana elemen budaya popular seperti video pendek, lagu dakwah moden, filem, drama Islamik dan animasi pendidikan digunakan secara kreatif dalam komunikasi dakwah kontemporari. Penggunaan pendekatan ini dilihat mampu menarik perhatian audiens yang pelbagai, namun turut menimbulkan persoalan berkaitan ketulenan mesej, ketepatan kandungan serta potensi penyimpangan apabila unsur hiburan mengatasi prinsip asas Islam. Melalui analisis kes seperti pendakwah media sosial, kempen digital (#HijrahMovement) dan filem Islamik seperti Munafik, kajian ini meneliti kesan penggunaan bahasa tidak formal, visual moden dan gaya penyampaian yang dipengaruhi budaya semasa terhadap kefahaman serta penerimaan dakwah. Dapatan menunjukkan bahawa budaya popular berpotensi menjadi jambatan efektif dalam menyampaikan nilai Islam secara kreatif dan berimpak tinggi. Namun begitu, keberkesanannya bergantung kepada keseimbangan antara kreativiti dan integriti dakwah. Oleh itu, kajian mencadangkan kerjasama antara golongan agamawan dan pencipta kandungan digital bagi memastikan mesej Islam disampaikan dengan tepat, beretika dan relevan dengan realiti semasa. Kajian ini diharap dapat menjadi asas kepada pembangunan strategi dakwah yang lebih efektif dan sesuai dalam konteks masyarakat digital masa kini.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








