KONFLIK NILAI DAN PENYESUAIAN BUDAYA POPULAR DALAM KOMUNIKASI BELIA MUSLIM

Authors

  • Damia Aisyah Ahmad Fuad Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Daria Areefa Abdillah Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Farisha Iliya Muhammad Fauzi Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Nazmin Hanna Niery Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Natasha Mat Arof Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7205

Keywords:

Budaya Popular, Belia Muslim , Komunikasi Digital, Konflik Nilai, Penyesuaian Budaya

Abstract

Kajian ini membincangkan konflik nilai dan penyesuaian budaya popular dalam komunikasi belia Muslim di era digital yang sarat dengan pengaruh global. Budaya popular yang tersebar melalui media sosial, muzik, drama, filem dan kandungan hiburan antarabangsa telah mempengaruhi cara belia Muslim berinteraksi, mengekspresikan diri dan membina identiti komunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan untuk memahami bagaimana belia Muslim mengadaptasi unsur budaya popular dalam kehidupan harian mereka sambil cuba mengekalkan nilai dan norma Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa budaya popular mendorong perubahan pada pilihan bahasa, gaya perbualan dan penggunaan media digital. Walau bagaimanapun, sebahagian besar belia Muslim mengambil pendekatan selektif untuk menyesuaikan budaya popular agar sejalan dengan identiti keagamaan mereka. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada pemahaman mengenai hubungan antara budaya popular, konflik nilai dan komunikasi belia Muslim, di samping mencadangkan strategi pendidikan media dan bimbingan yang dapat membantu belia menavigasi cabaran komunikasi moden dengan lebih beretika dan berkesan.

References

Downloads

Published

2023-10-20