PERSEPSI BUKAN ISLAM TERHADAP KOMUNIKASI MUSLIM DI MEDIA: KAJIAN DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Authors

  • Puteri Nurul Qistina Fikriyah Norhisham Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Arisya Azman Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Che Elyc Elini Che Nazri Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Mia Khadeeja Azi Azuan Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Alya Darwisyah Nuruddint Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7206

Keywords:

Komunikasi Muslim, Persepsi Bukan Islam, Media, Hubungan Antara Agama, Universiti Teknikal Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi masyarakat bukan Islam terhadap komunikasi Muslim di media, khususnya di Malaysia yang bersifat majmuk dari segi kaum dan agama. Komunikasi Muslim merangkumi pelbagai bentuk penyampaian mesej keagamaan melalui media massa dan media sosial, yang kadangkala menimbulkan salah faham, stereotaip negatif, serta cabaran hubungan antara agama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan literatur terdahulu dan kes semasa, untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi persepsi seperti kekurangan representasi Muslim dalam media, kurangnya interaksi antara komuniti, dan pengaruh media Barat dari kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan komunikasi Muslim yang tidak inklusif dan kurang sensitif terhadap latar belakang audiens menyumbang kepada persepsi negatif. Kajian ini mencadangkan strategi seperti pendekatan komunikasi beretika, pendidikan awal mengenai Islam, pembinaan komuniti digital yang positif, serta kerjasama antara agama untuk memperbaiki persepsi bukan Islam dan memupuk keharmonian sosial. Implikasi kajian ini penting dalam membentuk dasar komunikasi dan hubungan antara agama yang lebih efektif dan harmoni di Malaysia.

References

Downloads

Published

2023-10-20