DAKWAH TANPA PREJUDIS DALAM KONTEKS MASYARAKAT MAJMUK

Authors

  • Nurin Adlina Amir Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Adam Luqman Sehrudin Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Aeyn Batrisya Nasarudin Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka
  • Siti Wahida Hatta Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i2.7207

Keywords:

Dakwah Tanpa Prejudis, Masyarakat Majmuk, Empati, Komunikasi Antara Agama, Persepsi Islam

Abstract

Dakwah Islam merupakan satu pendekatan penting dalam membentuk masyarakat harmoni, lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Namun, wujud cabaran besar apabila dakwah disampaikan dengan prejudis yang boleh mencetuskan salah faham serta menjejaskan imej Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah tanpa prejudis yang sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai agama dan bangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan terhadap bahan-bahan ilmiah, kes-kes semasa, serta analisis wacana terhadap pendekatan dakwah yang digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa dakwah yang bersifat empati, menghormati sensitiviti budaya dan agama lain, serta mengelakkan bahasa menghakimi adalah lebih berkesan dan diterima. Perbincangan menekankan pentingnya komunikasi antara agama yang bijaksana dan tidak menyinggung perasaan pihak lain. Kesimpulannya, pendekatan dakwah tanpa prejudis dapat menyumbang kepada keharmonian sosial serta memperkukuhkan persepsi positif terhadap Islam. Kajian ini memberi sumbangan bermakna dalam memperkaya pendekatan dakwah Islam yang lebih inklusif serta menyumbang kepada wacana dakwah antarabangsa dalam konteks globalisasi dan pluralisme budaya.

Downloads

Published

2023-10-20