GAYA KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DALAM MEMBENTUK INSTITUSI KELUARGA ISLAM YANG HARMONI

Authors

  • Nurhanabila Sufiah Halim Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Amirah Ibrahim Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Dini Alwizah Aisyah Zamri Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Aleeya Natasha Ismail Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7217

Keywords:

Kepimpinan keluarga, Rasulullah SAW, Kasih sayang, Komunikasi berkesan, Keluarga Islam

Abstract

Kajian ini membincangkan kepimpinan Rasulullah SAW dalam konteks keluarga sebagai model teladan bagi umat Islam sepanjang zaman. Rasulullah SAW menunjukkan gaya kepimpinan berasaskan kasih sayang, komunikasi berkesan, keadilan dan tolak ansur yang mampu membentuk keluarga yang harmoni dan sejahtera. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan ke atas sumber primer dan sekunder berkaitan kepimpinan keluarga Rasulullah SAW. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan Rasulullah SAW memberi impak besar kepada kesejahteraan keluarga, pembangunan sahsiah ahli keluarga serta legasi kepimpinan generasi seterusnya. Kajian turut menyorot cabaran institusi keluarga masa kini dan mencadangkan penyelesaian berasaskan prinsip kepimpinan Rasulullah SAW. Artikel ini memberi sumbangan penting dalam usaha mengaplikasikan nilai-nilai kepimpinan Islam dalam keluarga moden.

References

Downloads

Published

2023-04-22