PERANAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DAN MEMELIHARA INSTITUSI KELUARGA
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7218Keywords:
Undang-Undang Syariah, Gejala Sosial, Institusi Keluarga, Keadilan Sosial, Pendidikan IslamAbstract
Artikel ini membincangkan hikmah pelaksanaan undang-undang Syariah dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi masyarakat Islam masa kini. Pelaksanaan undang-undang Islam bukan sahaja berperanan untuk menghukum tetapi juga bertindak sebagai mekanisme pencegahan dan pendidikan masyarakat. Kajian ini meneliti isu-isu utama seperti peningkatan gejala sosial, krisis identiti, keruntuhan akhlak, dan penindasan hak wanita serta kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan ke atas pelbagai sumber yang relevan. Hasil kajian menunjukkan bahawa undang-undang Syariah mampu memberikan penyelesaian berkesan dalam mengekang keruntuhan akhlak, memelihara keharmonian keluarga, dan menjamin keadilan sosial. Artikel ini mencadangkan agar pelaksanaan undang-undang Islam diperkasa dengan penguatkuasaan yang lebih tegas dan pendidikan berterusan kepada masyarakat.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nurul Nadhirah Mohamad Nazrul Nizam, Amani Irdina Asmuri, Nur Sufiyyah Mohd Asri, Nur Haidah Mazlan, Muhammad Danial Darwisy Rafiee, Muhammad Aiman Shahrol Azhar

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








