AMALAN SOLAT DAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH DALAM KALANGAN MAHASISWA MUSLIM DI KAMPUS ALOR GAJAH: ANALISIS SURVEI DAN OBSERVASI

Authors

  • Nur Aisyah Najwa Zainudin Azaha Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Fatihah Huda Norazahar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Syafiah Mohd Rizal Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7220

Keywords:

Solat, Mahasiswa, Spiritual, Keimanan, Konsistensi, Ibadah

Abstract

ini meneliti amalan solat serta hubungannya dengan tahap spiritual mahasiswa Muslim di UiTM Kampus Alor Gajah. Masalah utama yang dikenal pasti ialah wujudnya kurang konsistensi dalam pelaksanaan solat walaupun mahasiswa mempunyai kesedaran tentang kewajipannya. Objektif utama kajian adalah untuk menilai tahap konsistensi solat, memahami hubungan amalan solat dengan kualiti keimanan, serta peranan persekitaran kampus dalam menyokong ibadah mahasiswa. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dalam talian yang diedarkan kepada 113 pelajar secara rawak. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar menunaikan solat fardhu dengan konsisten, tetapi kurang dalam mengamalkan solat sunat dan memahami aspek mendalam solat. Kajian mencadangkan agar kemudahan solat ditambah baik, program kerohanian diperkasakan dan galakan diberikan kepada mahasiswa melalui pelbagai inisiatif kampus.

References

Downloads

Published

2023-04-22