FAKTOR KELEMAHAN IMAN DALAM PENGABAIAN PUASA RAMADAN: KAJIAN PELAJAR KOLEJ DI UiTM ALOR GAJAH

Authors

  • Aisya Maisara Yakup Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nurul 'Aina Thurayya Mohd Kamal Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Wan Irfani Nasyidah Wan Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7222

Keywords:

Kelemahan Iman, Pengabaian Puasa, Faktor Sosial, Kesedaran Agama, Pelajar UiTM Alor Gajah

Abstract

Ibadah dalam Islam merupakan salah satu proses yang memengaruhi pembetukan akhlak dalam diri manusia ke arah yang lebih positif. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesan ataupun faktor kelemahan iman terhadap ibadah puasa, khususnya kepada pelajar institusi pelajaran di Malaysia. Permasalahan pengabaian puasa timbul kerana kurangnya rasa berdosa dan hilangnya rasa malu dalam kalangan masyarakat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pengabaian ibadah puasa dalam kalangan mahasiswa. Metodologi kajian menggunakan adalah pendekatan kajian dengan kaedah soal selidik secara dalam talian yang melibatkan pelajar di setiap kolej di UiTM Alor Gajah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengabaian puasa Ramadhan dalam kalangan pelajar berlaku kerana kelemahan iman yang dipengaruhi oleh faktor sosial, persekitaran, dan kurangnya kesedaran agama. Cadangan kajian ini adalah untuk memperkukuh tarbiah dan penghayatan agama dalam kalangan pelajar, mendidik ibu bapa tentang peranan mereka, mengukuhkan sokongan persekitaran, menyediakan program kerohanian yang berkesan, serta mengatasi sikap malas dan kurang motivasi dalam beribadah.

References

Downloads

Published

2023-04-22