KESAN KONTEN STREAMING PLATFORM NETFLIX DAN TIKTOK TERHADAP NILAI AKHLAK MAHASISWA

Authors

  • Adam Luqman Norkamarulezane Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Ammar Syamir Zulkefli Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7223

Keywords:

Kesan Media Sosial, Nilai Akhlak, Mahasiswa, Netflix, Tiktok

Abstract

Kajian ini menyelidik kesan kandungan Netflix dan TikTok terhadap nilai akhlak mahasiswa melalui analisis kandungan dan temu bual. Hal ini demikian kerana pengaruh kandungan Netflix dan TikTok yang tidak terkawal berisiko merosakkan nilai akhlak mahasiswa, tetapi tiada kajian tempatan yang khusus mengukur tahap nilai akhlak mahasiswa selepas menggunakan aplikasi tersebut. Objektif utama kajian ini dibuat bagi menganalisis hubungan antara kekerapan penggunaan Netflix dan TikTok dengan persepsi mahasiswa terhadap pengaruh akhlak terhadap diri mereka. Objektif ini mengaitkan data penggunaan dengan persepsi pengaruh akhlak untuk menguji jika pendedahan ini berhubungan dengan kesan positif atau negatif yang lebih kuat. Seterusnya, untuk mengenal pasti perbezaan tanggapan mahasiswa berdasarkan latar belakang demografi terhadap nilai akhlak kandungan. Objektif ini menyelidik variasi persepsi mengikut kelompok, contohnya adakah mahasiswa lelaki lebih kritis berbanding mahasiswi perempuan. Akhir sekali, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis kandungan dominan di Netflix dan TikTok iaitu menganalisis nilai akhlak positif atau negatif dalam kandungan terpilih iaitu mengukur persepsi mahasiswa terhadap pengaruhnya terhadap perilaku, pemikiran moral, dan adab pergaulan serta membandingkan kesan relatif kedua platform tersebut terhadap pembentukan akhlak mahasiswa melalui analisis kandungan dan temu bual. Metodologi kajian menggunakan kaedah gabungan antara kualitatif dan kuantitatif iaitu menganalisis video TikTok dan filem di Netflix serta temu bual bersama 3 mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka untuk kenal pasti nilai akhlak dalam kandungan dan kesannya. Sampel kajian mendapati sebanyak 163 responden yang menjawab soalan ini bagi menganalisis pengaruh kedua dua aplikasi ini terhadap akhlak mahasiswa. Hasil kajian menunjukkan kandungan Netflix lebih banyak unsur negatif. Contohnya lucah, penggunaan bahasa yang kurang sopan dan kekerasan. Berbanding TikTok, mahasiswa yang kerap menontonnya lebih cenderung kepada isu semasa daripada perkara yang sensitif terhadap isu akhlak. Kajian ini mencadangkan pihak Universiti perlu wujudkan modul literasi media untuk didik mahasiswa menapis kandungan negatif di platform digital.

References

Downloads

Published

2023-04-22